MENU

Majlis Bandaraya Ipoh mengambil inisiatif khusus bagi membantu para peminat bolasepak Malaysia di Bandaraya Ipoh untuk menyaksikan Perlawanan Akhir Kejohanan AFF Bawah 18 Tahun 2019 antara pasukan Malaysia menentang pasukan Australia pada malam ini jam 8.30 malam dengan menayangkan siaran langsung perlawanan tersebut di Dataran Stesen Keretapi (KTM).

Tayangan perlawanan akhir berkenaan akan bermula mulai jam 8.00 malam dan peminat bolasepak Malaysia khususnya wargakota Ipoh adalah alu-alukan untuk menonton beramai-ramai di skrin LED tersebut.

Semoga pasukan Malaysia bawah 18 tahun akan menjuarai perlawanan akhir Kejohanan AFF Bawah 18 Tahun 2019.