MENU

Majlis Bandaraya Ipoh mengambil inisiatif khusus bagi membantu para peminat bolasepak Malaysia di Bandaraya Ipoh untuk menyaksikan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara pasukan Malaysia menentang pasukan Vietnam pada 10 Oktober, 2019 (Khamis) jam 9.00 malam dengan menayangkan siaran langsung perlawanan tersebut di Dataran Stesen Keretapi (KTM).

Tayangan perlawanan akhir tersebut bermula mulai jam 8.00 malam dan peminat bolasepak Malaysia khususnya wargakota Ipoh adalah alu-alukan untuk menonton beramai-ramai di skrin LED tersebut.

Semoga pasukan Malaysia akan memenangi perlawanan berkenaan dan perlawanan seterusnya serta layak ke Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.