MENU

Majlis Bandaraya Ipoh mengambil inisiatif khusus bagi membantu para peminat bolasepak Malaysia di Bandaraya Ipoh untuk menyaksikan siaran langsung Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara pasukan Malaysia menentang pasukan Indonesia pada 19 November, 2019 (Selasa) jam 8.45 malam di Dataran Stesen Keretapi (KTM).

Tayangan perlawanan  tersebut akan bermula mulai jam 8.00 malam dan peminat bolasepak Malaysia khususnya wargakota Ipoh adalah alu-alukan untuk menonton beramai-ramai di skrin LED tersebut.

Semoga pasukan Malaysia akan memenangi perlawanan berkenaan dan perlawanan seterusnya serta layak ke Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.