MENU

Hasil pemerhatian yang telah dijalankan, Majlis Bandaraya Ipoh mendapati tahap kesedaran dan komitmen yang telah diberikan oleh pengunjung di Pasar Tg Rambutan Pasar Tambun, Pasar Gunung Rapat, Pasar Besar Ipoh, Pasar Pasir Pinji, Pasar Bercham, Pasar Kg Simee dan Pasar Buntong terhadap Perintah Kawalan Pergerakan di kawasan pentadbiran MBI amat tinggi.

Sehubungan itu, pihak Majlis Bandaraya Ipoh ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pengunjung pasar-pasar di Pasar Tg Rambutan Pasar Tambun, Pasar Gunung Rapat, Pasar Besar Ipoh, Pasar Pasir Pinji, Pasar Bercham, Pasar Kg Simee dan Pasar Buntong kerana mengamalkan Social Distancing dengan beratur dan menjarakkan diri antara satu sama lain sejauh 1 meter sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Semoga komitmen tinggi ini akan dapat membantu mengawal penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini.