MENU

Tindakan penguatkuasaan berkaitan iklan sementara seperti gegantung(bunting), kain rentang (banner), iklan ceti haram, papan pelekat dan iklan tunjuk arah, sebanyak 108,779 iklan sementara telah diturunkan pada tahun 2018. Manakala sehingga Jun 2019 sebanyak 60,868 iklan sementara telah diturunkan oleh Penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh.

Iklan yang paling tinggi bilangan yang diturunkan oleh majlis ketika ini adalah berkaitan iklan ceti haram iaitu sebanyak  98,910 pada tahun 2018 dan sebanyak 58,107 sehingga Jun 2019.

Pada minggu ini Majlis akan mengambil tindakan menurunkan iklan berkaitan perayaan yang dipasang di seluruh kawasan bandaraya Ipoh.
Mana-mana pemilik iklan yang masih belum menurunkan iklan perayaan dan iklan yang telah tamat tempoh, adalah dinasihatkaan untuk menurunkan seberapa segera sebelum tindakan penguatkuasaan menurunkan ini dilaksanakan oleh Majlis, dan tindakan merampas deposit iklan tersebut dilakukan.

Sehingga Jun 2019 sebanyak 214 pemohonan iklan telah dikenakan tindakan dimana rm 73,250.00 wang deposit telah dirampas sebabkan gagal menurunkan iklan tersebut dalam tempoh ditetapkan.