MENU

17 Januari 2018 - YAB Dato Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dan Dato Zamri Man, Datuk Bandar Ipoh telah meninjau suasana malam di sekitar Bandaraya Ipoh malam tadi.

Tinjauan malam yang bermula jam 9.00 malam tadi bermula dari Jalan Raja Dihilir turut melalui Hospital Raja Permaisuri Bainun, Taman DR Seenivasagam Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dataran Stesen, Dewan Bandaran, Padang Ipoh, Jalan Sultan Idris, Hospital Pantai Puteri dan Jalan Sultan Azlan Shah.

Tinjauan malam tersebut merupakan pendekatan turun padang yang sentiasa diamalkan oleh YAB Menteri Besar dan Datuk Bandar Ipoh untuk melihat sendiri pembangunan Bandaraya Ipoh termasuk pencahayaan dan kebersihan.

Semoga tinjauan seumpama ini akan terus mengekalkan Ipoh sebagai Bandar Terbersih di Malaysia dan MBI sebagai PBT Terbaik di Malaysia.

MAJLIS BANDARAYA IPOH