MENU

1 Julai 2020-Zuraina binti Kamarul Ariff, Pengarah Kanan-Infrastruktur & Perancangan MBI telah melakar sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai Setiausaha Bandaraya (setaraf jawatan Pengarah JKR Negeri Perak) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2020 menggantikan Zakuan Zakaria.

Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyampaikan surat pelantikan kepada beliau di Majlis Pelantikan Setiausaha Bandaraya MBI di Dewan Mesyuarat MBI petang tadi.
   
Ia merupakan suatu pengiktirafan kepada kaum wanita di Majlis Bandaraya Ipoh khususnya dan Kerajaan Negeri Perak amnya dalam meletakkan kaum wanita ke tahap yang tertinggi dalam perkhidmatan awam.

Puan Mardianah binti Yusoff, Pengerusi Persatuan Pink Champion Perak mewakili Persatuan Pink Champion Perak pula telah menyampaikan “Iron Lady Award 2020” kepada Puan Zuraina binti Kamarul Ariff sebagai menghargai kekentalan beliau yang walaupun pernah mengidap penyakit kanser namun tidak menghalang beliau untuk meneruskan cita-citanya menabur bakti kepada wargakota Ipoh.
 
Zuraina mempunyai pengalaman luas dalam urusan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh kerana telah berkhidmat selama 30 tahun sejak 15 November 1990.

Beliau adalah lulusan Ijazah Kejuruteraan, Kejuruteraan Am (Kepujian) dari Universiti Middlesex, London, United Kingdom sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Master of Science (Pengurusan Projek) di Unitversiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Menurut Dato Rumaizi, beliau amat yakin dengan pengalaman dan kemahiran dimiliki Zuraina akan membantu melonjakkan kualiti perkhidmatan dan pembangunan Bandaraya Ipoh.