MENU

KERJASAMA PENIAGA BERLESEN DIPOHON MENGEMUKAKAN SALINAN KAD PENGENALAN & SALINAN PENYATA AKAUN BANK SECARA ATAS TALIAN

 

>>>KLIK UNTUK SEMAKAN<<<

 

Dimaklumkan kepada semua peniaga berlesen dalam kawasan pentadbiran MBI yang TELAH dan AKAN melengkapkan borang maklumat secara atas talian ke portal MBI bagi mendapatkan Bantuan Khas RM500 dipohon agar mengemukakan

1. Salinan Kad Pengenalan

2. Salinan Penyata Akaun Bank

Peniaga berlesen tersebut merangkumi:

1. Penjaja Beredar
2. Tapak Penjaja
3. Gerbang Malam
4. Memory Lane
5. Gerai Tepi Jalan
6. Penjaja Statik
7. Lesen Pasar Harian
8. Lesen Sementara Luar Pasar
9. Dataran Niaga Tmn Cempaka
10. Dataran Niaga SPPK

Peniaga yang telah tamat atau belum memperbaharui lesen mereka juga layak memohon bantuan khas ini.

Kerjasama tuan/puan adalah dipohon bagi mempermudah dan mempercepatkan lagi urusan pembayaran. Tanpa dokumen lengkap pembayaran tidak dapat dibuat.

 

BANTUAN KHAS KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL BERLESEN DENGAN MAJLIS BANDARAYA IPOH

Pada 18 Mac 2020 yang lalu, Menteri Besar Perak telah mengumumkan pemberian bantuan one-off RM500 daripada Kerajaan Negeri Perak untuk penjaja dan peniaga kecil yg berdaftar dengan semua PBT Perak termasuk Majlis Bandaraya Ipoh.

Pemberian bantuan khas ini bertujuan untuk meringankan bebanan para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi  membendung wabak Covid-19.

Oleh itu, semua penjaja dan peniaga kecil yang yang berlesen dengan Majlis Bandaraya Ipoh boleh mula menyemak kelayakan di laman web MBI bermula isnin, 23 Mac 2020. Mereka yang layak dan memenuhi syarat perlu mengemukakan maklumat yang diperlukan bagi agihan bantuan dapat dibuat secara atas talian.

Sebarang pertanyaan boleh emel kepada bantuanpenjaja@mbi.gov.my.

#STAYATHOME
#DUDUKDIRUMAH
#JANGANKELUAR
#SELAMATKANMALAYSIA
 

>>>KLIK UNTUK SEMAKAN<<<