MENU

 

Berdasarkan arahan terbaru Kerajaan Malaysia dan Mesyuarat Bersama YB Exco Kerajaan Tempatan Negeri Perak pada  17 April 2020 telah memutuskan:

1. HANYA DIBENARKAN penjualan juadah secara atas talian (online) daripada rumah/restoran sahaja, secara penghantaran (delivery).

a. Para peniaga perlu berdaftar dengan Majlis Bandaraya Ipoh (tiada caj) di portal Perak Digital dan memenuhi keperluan kesihatan seperti suntikan Typhoid (tanggungjawab  peniaga dan rider/runner sendiri).

b. Para peniaga boleh menggunakan penghantar seperti Food Panda / Grab Food / Yezza ataupun penghantar persendirian yang telah berdaftar dengan Majlis Bandaraya Ipoh.

c. Peniaga boleh menggunakan sebarang platform yang ada di media sosial untuk mempromosikan perniagaan masing-masing.

d. Kerajaan Negeri Perak telah menyediakan platform SmartIftar@Perak yang diwujudkan oleh pihak Digital Perak bagi para pengguna, peniaga dan rider untuk mendaftar dan  mengakses di link berikut:

https://digital.perak.my/

e. Masa operasi yang ditetapkan adalah dari jam 3.00 petang sehingga 7.00 malam.

2. Jualan makanan bungkus dan bawa balik yang dibenarkan adalah daripada premis makanan berbentuk RESTORAN SAHAJA.

3. Bazar Ramadan secara konvensional, drive through, walk through_, pesan dan ambil sendiri adalah TIDAK DIBENARKAN.

a. Jualan makanan di tepi jalan, warung, medan selera, food truck juga TIDAK DIBENARKAN.

b. Untuk kaedah vendor di premis makanan/restoran, peniaga hanya dibenarkan meletakkan makanan di premis tersebut dan diuruskan sepenuhnya oleh pemilik/pelesen premis.

 

>>>DAFTAR PENIAGA DAN PENGHANTAR<<<

 

>>>FAQ SMART IFTAR BAGI PENIAGA, PENGHANTAR DAN PEMBELI<<<

 

>>>SENARAI KLINIK/HOSPITAL (SUNTIKAN ANTI TIFOID)<<<

 

 

HOTLINE:05-2551515 (8.00 PAGI-5.00 PETANG)
WHATSAPP:019-5503083