MENU

SYARAT-SYARAT LESEN SEMENTARA PROMOSI

  1. Kelulusan hanya di beri pada tarikh yang di luluskan oleh pihak Majlis dan waktu yang di benarkan mulai jam 09.00 pagi hingga 10.00 malam;
  2. Sentiasa menjaga kebersihan kawasan dengan menyediakan tong sampah yang mencukupi;
  3. Memastikan tiada halangan lalulintas sepanjang tempoh yang diluluskan;
  4. Meroboh dan menanggalkan sebarang binaan setelah tamat tempoh promosi;
  5. Jualan hasil dan daging khinzir adalah tidak dibenarkan;
  6. Barangan yang dipamerkan untuk jualan hendaklah disusun dalam keadaan teratur dan tidak menghalang laluan pengunjung;
  7. Merujuk kepada Bahagian Penguatkuasa, Majlis Bandaraya Ipoh untuk pemasangan khemah [talian untuk dihubungi 2083148];
  8. Sekiranya didapati syarat-syarat di atas tidak dipatuhi, denda maksimum akan di kenakan dan lesen tidak akan di keluarkan pada masa akan datang;
  9. Majlis tidak akan bertanggungjawab dengan mana-mana pihak di atas segala tuntutan jika berlaku kemalangan; dan
  10. Mematuhi syarat-syarat Majlis dari semasa ke semasa.

 

SYARAT-SYARAT LESEN SEMENTARA JUALAN KAKI LIMA

  1. Kelulusan hanya di beri untuk tempoh 14 hari sahaja di musim perayaan dan mempunyai lesen premis perniagaan yang sah;
  2. Hanya 2 kaki sahaja ruang dari pintu masuk di benarkan untuk meletak barang-barang promosi;
  3. Tidak dibenarkan dalam apa jua keadaan, barangan tred menghalang laluan orang awam;
  4. Memastikan tiada halangan lalulintas sepanjang tempoh yang dibenarkan;
  5. Tidak dibenarkan untuk mendirikan khemah dibahu jalan atau di kakilima premis; dan;
  6. Sentiasa menjaga kebersihan kawasan dengan menyediakan tong sampah yang mencukupi.

 

KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG