MENU

PENYERTAAN PERCUMA DAN TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA IPOH

Lokasi Bulatan Tun Sambathan , Buntong Ipoh
4.591705, 101.054775

 

<<<KLIK UNTUK HANTAR PENYERTAAN>>

 

 

HADIAH

TEMPAT PERTAMA RM1,000.00 + SIJIL PENYERTAAN
TEMPAT KEDUA RM750.00 + SIJIL PENYERTAAN
TEMPAT KETIGA RM500.00 + SIJIL PENYERTAAN

 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

30 NOVEMBER 2020 (ISNIN) SEBELUM JAM 5.00 PETANG

 

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

1.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Ipoh yang berumur 18 tahun ke atas.

2.

Setiap peserta harus memasukkan tema dan elemen kacang putih dalam konsep idea reka bentuk replika.

3.

Peserta boleh menghantar maksima tiga (3) penyertaan. Walaubagaimanapun, hanya satu (1) penyertaan akan dipilih sebagai pemenang.

4.

Semua reka bentuk mestilah asli dan hasil kreativiti sendiri.

5.

Hasil reka bentuk yang dihantar adalah menjadi hakmilik Majlis Bandaraya Ipoh dan tidak boleh dituntut oleh peserta.

6.

Majlis Bandaraya Ipoh berhak menggunakan semua reka bentuk yang dipertandingkan untuk tujuan pengiklanan dan promosi serta lain-lain tujuan tanpa kebenaran ataupun bayaran kepada peserta.

7.

Penyertaan akan dinilai oleh panel-panel hakim yang berkelayakan dan dilantik. Keputusan panel hakim dan Jawatankuasa Pertandingan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

8.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 05 November 2020 (Khamis) sebelum jam 5.00 petang dan lukisan cadangan perlu dikembalikan kepada pihak Urusetia. Sebarang penyertaan yang diterima selepas tarikh ini tidak akan dilayan.

 

SPESIFIKASI REKA BENTUK DAN FORMAT LUKISAN

1.

Peserta perlu menyediakan lukisan cadangan reka bentuk bagi sebuah replika dan landskap kawasan lapang di Bulatan Tun Sambathan, Buntong, Ipoh.

2.

Konsep idea reka bentuk replika hendaklah dimasukkan elemen kacang putih yang merupakan warisan tradisi Kampung Kacang Putih Buntong, Ipoh.

3.

Lukisan replika mestilah berada di dalam bulatan dan mempunyai jarak anjakan daripada garisan sempadan bulatan sekurang-kurangnya 20 kaki.

4.

Lukisan reka bentuk hendaklah disediakan melalui lima (5) pandangan, iaitu pandangan atas, pandangan sisi kiri, pandangan sisi kanan, pandangan belakang dan perspektif (dalam bentuk lukisan 3D).

5.

Lukisan reka bentuk hendaklah disertakan ukuran dimensi dan spesifikasi bahan binaan beserta warna cadangan.

6.

Peserta digalakkan untuk menggunakan barang guna semula (recycle material) bagi cadangan ini dan boleh sertakan anggaran kos terlibat.

7.

Lukisan reka bentuk hendaklah disediakan menggunakan kertas putih bersaiz A3 (ukuran 29.7cm x 42.0cm) sama ada dalam bentuk grafik komputer atau lukisan tangan.

8.

Satu penerangan atau penjelasan berkenaan konsep idea reka bentuk dan warna yang digunakan hendaklah disediakan dalam satu kertas putih bersaiz A4.

9.

Semua lukisan cadangan dan teks penerangan reka bentuk juga hendaklah disediakan dalam bentuk “softcopy” menggunakan format JPEG atau PDF dan saiz fail adalah kurang dari 20mb.

10.

Butir-butir pemarkahan adalah seperti berikut:-

 

INFO LANJUT DAN PERTANYAAN

Urusetia Pertandingan Replika Tun Sambathan
Tingkat 9, Jabatan Kawalan Pembangunan
Majlis Bandaraya Ipoh
Jalan Sultan Abdul Jalil
Greentown
30450 Ipoh, Perak

No. Tel: +605-208 3210 / 208 3270 / 208 3205