MENU

Semua wargakota dijemput untuk meluangkan masa ke Program Ipoh Car Free Day yang dijadualkan berlangsung pada setiap hari Ahad minggu ke empat setiap bulan (tertakluk kepada pindaan), bertempat di Jalan Raja Dihilir, Ipoh Perak.

 

MASA:
- 7.00 pagi hingga 10.00 pagi (Aktiviti Berlangsung)
- 6.30 pagi hingga 10.30 pagi (Penutupan jalan)

 

JADUAL PROGRAM IPOH CAR FREEDAY 2019

 

KEMUDAHAN TEMPAT LETAK KERETA:
Pengunjung digalakkan datang ke kawasan CFD dengan cara berbasikal atau berjalan kaki agar matlamat merendahkan pelepasan karbon di bandaraya ini dapat dicapai dengan berkesan.

Walau bagaimanapun, Kemudahan tempat letak kereta yang boleh digunakan sekiranya menaiki kenderaan adalah di Ipoh Parade, Kawasan Perniagaan Greentown, Padang Abdul Jalil, Padang Sultan Abdul Aziz, Kawasan Tempat Letak Kereta KPJ di Lebuh Lasam, sepanjang Lebuh Ceylon bersebelahan Sekolah Raja Taayah, sepanjang Jalan Kelab Golf berhampiran Hotel Heritage, disepanjang Jalan Sturrock berhampiran kawasan Hotel Seri Malaysia serta sepanjang Jalan Jalan Caldwell berhampiran Perpustakaan Negeri dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Perak