PENGENALAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 (LA 21)
PENGENALAN
Pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menidakkan keperluan generasi yang akan datang. Ia termasuk kawalan kependudukan, makanan, keselamatan dan sumber tenaga. Selain itu, ia juga menyatupadukan keutamaan ekonomi, sosial dan alam sekitar
AGENDA 21 : KE ARAH PEMBANGUNAN MAMPAN
Untuk meningkatkan kualiti sosial, ekonomi dan alam sekitar penempatan manusia, dan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk didiami oleh semua, terutamanya penduduk di Bandar dan miskin luar Bandar.
PEMBANGUNAN MAMPAN : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Bab 28 : Inisiatif PBT Dalam Menyokong Agenda 21
Oleh sebab kebanyakan masalah dan penyelesaian yang ditangani oleh Agenda 21 berakar umbi dalam kegiatan tempatan, maka penyertaan dan kerjasama PBT menjadi factor penentu bagi mencapai matlamat ini
MEKANISMA PERANCANGAN
Mewujudkan keseimbangan antara pembangunan fizikal dengan pembangunan insan dari aspek spiritual dan nilai-nilai kemanusiaan untuk pembangunan yang seimbang
PERANAN PIHAK YANG BERKEPENTINGAN
PBT |
Merupakan peneraju utama dalam mekanisma perkongsian Local Agenda 21. Membantu lain-lain pihak yang berkepentingan memahami isu dan kekangan yang menghalang kepada penyelesaian permasalahan tersebut |
AHLI MAJLIS |
Berperanan aktif dalam perkongsian LA21. LA21 turut menyediakan peluang kepada Ahli Majlis yang proaktif untuk mengukuhkan kehadiran dan peranan mereka di kalangan komuniti |
SEKTOR SWASTA |
Banyak syarikat sektor swasta dan industri mempunyai impak secara langsung terhadap permasalahan alam sekitar, seperti masalah pencemaran dan bahan sisa yang timbul akibat wujudkan industry di kawasan perbandaran. Sebaliknya terdapat juga aktiviti industry yang dilihat boleh menyumbang kepada perlindungan alam sekitar. |
LAIN-LAIN AGENSI KERAJAAN |
Memberikan pandangan berguna terhadap isu-isu dan permasalahan dalam konteks yang lebih luas yang berlaku di bandar berkenaan kepada masyarakat dan pihak yang berkepentingan |
KOMUNITI |
Anggota masyarakat terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai kepentingan dan latar belakang. Wakil anggota masyarakat akan menyampaikan pandangan masing-masing dalam perkongsian LA21 dan membawa revolusi LA21 kembali ke masyarakat dan kejiranan masing-masing |
- 1
- 2
- 3
- 4
- berikut ›
- terakhir »