MENU

LATAR BELAKANG PROGRAM LOCAL AGENDA 21 (LA 21 IPOH) MAJLIS BANDARAYA IPOH

 

Program LA21 secara amnya disokong dan disambut baik oleh masyarakat umum dalam meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Menerusi Program LA21 ini, masyarakat setempat berpeluang untuk bersama-sama bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dalam menyelesaikan masalah perbandaran dan juga memberi peluang kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat seterusnya memberi imej yang baik dimata masyarakat. Justeru itu, kerjasama antara semua pihak adalah penting dalam membentuk pendekatan terbaik dalam perancangan pembangunan mampan disamping mewujudkan cara baru yang berkesan untuk menjalin kerjasama dan komitmen semua pihak dalam menjayakannya.

 

Latar Belakang Program

            Program LA21 telah dilancarkan pada Jun 1992 di Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro. Sebanyak 178 buah negara terlibat termasuk Malaysia. Program ini telah dimulakan perlaksanaannya di negara ini sejak Rancangan Malaysia ke-8 (RMK-8) iaitu pada tahun 2002 dengan melibatkan 4 buah PBT perintis, iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Miri, Majlis Perbandaran Kuantan dan Majlis Daerah Kerian. Program ini kemudiannya telah diperluaskan ke PBT bertaraf bandaraya dan juga perbandaran.

 

Objektif Program

  • Pendedahan isu-isu pembangunan mampan kepada masyarakat dan sektor swasta
  • Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama
  • Merumuskan strategi dan pelan tindakan LA21 berdasarkan isu-isu pembangunan mampan setempat

 

Rumusan Program

            Program LA21 secara amnya disokong dan disambut baik oleh masyarakat umum dalam meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Menerusi Program LA21 ini, masyarakat setempat berpeluang untuk bersama-sama berkerjasama dengan PBT dalam menyelesaikan masalah perbandaran dan juga menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan.

Melalui Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan,  membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu. 

Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas.  Ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing.