MENU

PROGRAM LOCAL AGENDA 21 MAJLIS BANDARAYA IPOH

 

Majlis Bandaraya Ipoh di bawah Jabatan Hal Ehwal Komuniti terlibat penuh dengan program-program berkenaan dengan Local Agenda 21. Pada tahun 2011 sebanyak 16 program Local Agenda 21 telah berjaya dilaksanakan. Program-program yang telah dilaksanakan melibatkan tiga pihak yang berkerjasama untuk menjayakan program-program tersebut iaitu pihak Majlis Bandaraya Ipoh, Syarikat/Agensi/ Sektor swasta dan Komuniti Bandaraya Ipoh. Bagi Pihak Majlis program-program yang dianjurkan dapat meningkatkan kesefahaman, sokongan dan kerjasama di antara komuniti dan juga agensi-agensi swasta yang terlibat. Bagi Pihak Swasta pula mereka berpeluang untuk menyumbang sesuatu bagi sama-sama menjayakan program yang dirancang dan memberi peluang untuk mempromosikan produk-produk keluaran syarikat itu sendiri melalui tajaan ke atas aktiviti program dan bagi Komuniti Bandaraya mereka boleh melibatkan diri serta meningkatkan lagi erti nilai sosial dan budaya apabila sesuatu program itu di anjurkan.  Antara program-program yang telah berjaya dilaksanakan  pada tahun 2011 adalah :

 

RINGKASAN PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIANJURKAN

 

1. PROGRAM BERBENTUK SUKAN, KESIHATAN, SOSIAL DAN BUDAYA

            Program ini merupakan program penganjuran sukan yang merupakan acara tahunan yang sering mendapat sambutan yang sangat menggalakkan baik daripada komuniti bandaraya mahupun pelancong- pelancong dari luar Negara. Acara-acara sukan yang dipertandingkan bukan sekadar soal kemenangan semata-mata, namun lebih kepada “social networking” bagi semua pihak yang terlibat. Situasi ini merupakan satu perkembangan yang sihat dalam penganjuran sesuatu jenis program berbentuk sukan dan kesihatan.

2. PROGRAM BERBENTUK SOSIAL, BUDAYA DAN KESIHATAN

Program berbentuk kesihatan ini salah satunya adalah program Klinik Komuniti Warga Ipoh. Program ini adalah kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh dan Pantai Hospital Ipoh. Misi klinik bertujuan untuk berkerjasama dengan masyarakat didalam menjauhkan penyakit dan seterusnya meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya penjagaan kesihatan untuk golongan yang kurang berkemampuan dan yang mudah terdedah kepada pelbagai penyakit.

3. PROGRAM BERBENTUK SOSIAL, BUDAYA DAN KESEDARAN AWAM

Program berbentuk kesedaran awam ini memberi peluang kepada komuniti
Bandaraya Ipoh untuk mengikuti dan menghayati program-program berbentuk Forum Perdana yang melibatkan tokoh Ilmuan Islam masa kini. Penganjuran majlis-majlis berbuka puasa di sepanjang bulan Ramadhan telah menjadi amalan bagi pihak Majlis sejak sekian lama. Program seumpama ini dapat meraikan anak-anak yatim yang memerlukan perhatian dan bantuan selain mengeratkan hubungan silaturrahim di antara majlis bandaraya dan juga rumah-rumah amal.

4. PROGRAM BERBENTUK FIZIKAL, SOSIAL DAN BUDAYA

Program berbentuk fizikal ini merupakan satu mercu tanda bagi Program
Local Agenda 21 yang berbentuk Pembangunan Mampan iaitu ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejas keperluan generasi-generasi masa hadapan. Pembangunan mampan juga ialah pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar. Program berbentuk fizikal ini juga adalah perancangan dan pelaksanaan program-program untuk meningkatkan kualiti dan taraf hidup bagi Komuniti Bandaraya Ipoh.