alt
KHAS BAGI PENGGUNA
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian Mobile
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
     
       Emel MBI | Ahli Majlis | Direktori Pegawai
  Choose Your Font: teks kecil teks normal teks besar Sila Pilih Warna Anda: tema asal tema biru tema hitam tema coklat reset w3c Latar Belakang Pilihan Anda: grey green yellow coklat
 

MBI & ANDA

 


 


BAHAGIAN PELESENAN

 

VISI

MEMASTIKAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG MEMUDARATKAN DAN MENJADI KACAUGANGGU DIKAWAL MELALUI PROSES PELESENAN SERTA MEMASTIKAN WARGA IPOH PATUHI UNDANG-UNDANG MELALUI TINDAKAN PENGUATKUASAAN.

MISI

MENGALAKKAN INDUSTRI DAN PERDAGANGAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT MEMBANGUNKAN KAWASAN MAJLIS SERTA MEMASTIKAN PEMATUHAN  UNDANG-UNDANG OLEH SEMUA WARGA BANDARAYA IPOH

OBJEKTIF

MEMASTIKAN KESELAMATAN DAN KESAJAHTERAAN PENDUDUK BANDARAYA DIPERTINGKATKAN BAGI MENCAPAI TAHAP BANDARAYA DINAMIK DAN SEJAHTERA DENGAN CARA:

  • Memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan untuk permohonan lesen premis perniagaan dan pengiklanan serta kelulusan permit-permit barangan kawalan dan permit pertunjukkan hiburan.        
  • Memastikan aktiviti-aktiviti yang memudaratkan dan masalah kacauganggu dikawal melalui proses pelesenan
  • Memastikan bandaraya bebas dari halangan kacauganggu  melalui ketegasan penguatkuatsaan undang-undang dan;
  • Penggunaan teknologi bagi meningkatkan produktiviti pelesenan dan keberkesanan dan penguatkuasaan.

BAHAGIAN PELESENAN

Fungsi :

  • Menerima, membuka dan merekod semua jenis permohonan lesen trade dan perindustrian
  • Memproses semua jenis permohonan lesen papan iklan baru, tukar alamat, tukar visual dan sebagainya
  • Menjalankan pemeriksaan ke atas papan iklan yang telah atau belum dilesenkan oleh pihak Majlis samada yang baru atau lama dalam berbagai keadaan
  • Memproses dan memberi ulasan ke atas permohonan yang dirujuk oleh lain-lain agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Tanah Ipoh/Batu Gajah, Pejabat Polis Daerah, pejabat Setiausaha Kerajaan, LPKP dan lain-lain jabatan kerajaaan

KETUA JABATAN :

1) Nama : Abdul Halim Bin Saad
Jawatan : Pengarah Pelesenan Dan Penguatkuasaan Bandaraya
Emel : Halim_saad@mbi.gov.my
No Telefon : 05-2083355

KETUA BAHAGIAN :

2) Nama : Lau Tiong Fuie
Jawatan : Ketua Bahagian Pelesenan
Emel : lau@mbi.gov.my
No. Telefon : 05-2083356

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi Bahagian Pelesenan

INFO BAHAGIAN PELESENAN

1. Pada 1 Oktober 2010 pihak Majlis telah melaksanakan penambahbaikan lesen perniagaan dimana tempah sahlaku lesen antara 1 hingga 3 tahun mengikut tempoh sahlaku lesen memandu. Penambahbaikan ini hanya melibatkan permohonan baru lesen  Tred, Perniagaan  dan Perusahaan sahaja.  
2. Mulai bulan Mei 2011 semua lesen papan iklan yang baru diluluskan tidak lagi dihantar melaluii pos. Pelesen akan dihubungi melalui telefon untuk menjelaskan bayaran lesen tersebut terlebih dahulu sebelum syarat-syarat kelulusan diserahkan.
3. Pembaharuan Lesen yang mengikut tempoh sahlaku lesen memandu, pelesen perlu hadir dengan membawa lesen tahun lepas di kaunter bahagian Pelesenan, Tkt 2 Bangunan MBI Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Ipoh sebelum tamat tempoh tersebut. Sekiranya lesen tidak diperbaharui selepas tarikh sahlaku lesen tindakan kompaun akan dikenakan tanpa sebarang notis.
4. Semua permohonan permit sementara seperti permit promosi barangan, dan jualan di kakilima sempena musim perayaan perlu dikemukakan di bahagian Pelesenan sekurang-kurangya 7 hari bekerja untuk diproses.
5. Bagi mendapatkan surat kebenaran membuat penggambaran filem dan surat sokongan untuk permit menyimpan barangan kawalan disel/petrol/gas cecair ke KPDNKP, permit meletak kenderaan ke LPKP dan permohonan untuk mengadakan aktiviti hiburan ke Pejabat Daerah dan Tanah Ipoh perlu dikemukakan sekurang-kurangnya 7 hari bekerja untuk diproses..
6. Semua visual papan iklan komersial perlu disemak dari segi penggunanan bahasa Malaysia yang betul serta mendapat kelulusan terlebih dahulu dari Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) sebelum permohonan lesen papan iklan dikemukakan di bahagian Pelesenan
7. Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan sedang melaksanakan 7 proses melalui pelaksanaan MS ISO 9001:2008 yang bermula mulai 01 Ogos, 2011 iaitu:
i) Prosedur Tawaran Mengkompaun
ii) Prosedur Pengeluaran Notis Peringatan Kompaun
iii) Prosedur Permohonan Lesen Baru Papan Iklan
v) Prosedur Permohonan Lesen Baru Perniagaan Makanan dan Bukan Makanan
vi) Prosedur Pembatalan Lesen Premis Perniagaan Makanan dan Bukan Makanan
vii) Prosedur Pembatalan Lesen Papan Iklan
vii) Prosedur Pengeluaran Notis Peringatan.

 

Halaman: 1  2  3  4  5  

Bookmark and Share