alt
KHAS BAGI PENGGUNA
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian Mobile
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
     
       Emel MBI | Ahli Majlis | Direktori Pegawai
  Choose Your Font: teks kecil teks normal teks besar Sila Pilih Warna Anda: tema asal tema biru tema hitam tema coklat reset w3c Latar Belakang Pilihan Anda: grey green yellow coklat
 

MBI & ANDA

 


 


BAHAGIAN PENGUATKUASAAN


VISI 

  • Memberi kesedaran tentang mematuhi peraturan-peraturan, Undang-Undang di kalangan warga kota. Peningkatan pemahaman dan perlaksanaan Perundangan Negara.

 

MISI

  • Untuk menyediakan satu suasana hidup yang selamat dan sejahtera serta berdaya maju didalam melaksanakan dan menguatkuasakan perundangan, polisi dan peraturan sediada.

 

OBJEKTIF

  • Bahagian ini bertanggungjawab menjaga kepentingan orang awam disamping menguatkuasakan dan menentukan segala aspek perundangan yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Ipoh dipatuhi serta dikuatkuasakan sepenuhnya.
  • Bagi mencapai matlamat ini, bahagian ini memainkan peranan memberi khidmat penguatkuasaan secara berkesan. Selain itu berperanan mengawal dan melesenkan pengiklanan, premis bukan makanan dan lesen premis makanan.

 

PERANAN UNIT / FUNGSI

  • Mengadakan operasi mengubah halangan-halangan, meroboh gerai-gerai, rumah-rumah haram dan merampas barang-barang penjaja-penjaja yang menjaja di tempat yang dilarang.
  • Menjalankan tugas luar yang telah diperuntukkan kuasa dibawah Undang-Undang Kerajaan Tempatan dan akta di kawasan Majlis bandaraya Ipoh.
  • Menjalankan dan melaksanakan semua tuga-tugas di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing(MPI) 1987.
  • Membuat tugas rondaan pengawalan lembu/kerbau/kambingyang berkeliaran di kawasan Majlis dan menangkap haiwan merayau sekiranya perlu.
  • Membuat tugas rondaan memeriksa permit kain sepanduk/banting serta menurunkan sekiranya dipasang tanpa lesen/tamat tempoh. Kain sepanduk/banting yang tidak mempunyai permit perlu dikompaun dan akan disita hendaklah dilupuskan setiap 6 bulan sekali.
  • Memproses borang permohonan permit khemah/kren dan permohonan lesen anjing di dalam kawasan Majlis.
  • Menerima kutipan/bayaran untuk lesen anjing, sewa tapak letak kren dan sewa tapak khemah.
  • Memberi ceramah dan penerangan kepada warga kota tentang Undang-Undang yang digunapakai oleh Penguatkuasa MBI.
  • Menerima barang-barang sitaan di bawah peruntukkan Undang-Undang.
  • Menyediakan senarai inventori barang-barang yang disita sebelum disimpan didalam setor.
  • Menjalankan tugas luar yang telah diperuntukkan kuasa dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Jalan, Parit & Bangunan 1976 (Akta 133).
  • Menguatkuasakan Undang-Undang Perintah Lalulintas Jalan (Tempat Meletak Kereta Bermeter) 1986 dan Perintah Lalulintas Jalan (Tempat Meletak Kereta Memakai Atendan).
  • Mendaftarkan kes-kes mahkamah dan melaksanakan waran tangkap terhadap orang yang gagal hadir ke mahkamah.
  • Memastikan semua kompaun yang dikeluarkan diambil tindakan seperti mengeluarkan notis peringatan bagi kompaun baru yang belum dijelaskan dendanya dan proses tindakan mahkamah bagi notis peringatan yang belum dijelaskan.
  • Mengawal keselamatan harta benda Majlis iaitu pejabat-pejabat, perpustakaan, Stadium Azlan Shah, Stadium Perak, Stadium IndraMulia, rumah-rumah pangsa, bengkel, pusat-pusat penjaja dan zon perdagangan bebas (FTZ) di Jelapang dan di Klebang.

 

Halaman: 1  2  

Bookmark and Share