Bunga Rasmi
Bunga Bougainvilea
Bunga kertas atau bunga bulang adalah panggilan biasa yang kita dengar untuk Bunga Bougainvilea. Nama ini diambil sempena daripada seorang ahli pelayaran bangsa Perancis, A de Bougainvillea yang menjumpai pokok ini di Rio De Janerio pada kurun ke 17. Bunga ini telah dibawa ke Eropah pada tahun 1780an dan didapati pertama kali berbunga di Paris. Pada tahun 1830 dan di England, 10 tahun kemudian."B.Spectabilis" dan "B.Glabra" adalah diantara spesis-spesis yang mula-mula sekali ditanam.Seterusnya kacukan daripada dua spesis ini telah menghasilkan banyak hibrid dan kultiva. Adalah diketahui bahawa "B. Glabra Var Mrs.Butt" telah sampai ke Malaysia pada tahun 1923 dan diikuti pula oleh "Mrs. Mclean sepuluh tahun kemudian. Pokok bunga Bougavillea semulajadi itu telah terkenal dan menjadi pokok yang popular di taman-taman bunga dan halaman rumah. Terdapat lebih kurang 100 - 120 kultiva/hibrid bunga Bougainvillea yang ada di Malaysia.
Antara hibrid/kultiva yang popular:
- B. Glabra Var
- Mrs. Eva
- B. Farmosa
- Crystal White
- Bougainvillea Poultinii
- Mary Palmer
- Singapore Beauty
Cara-Cara Menanam
1. Tanah bakar digunakan untuk hasil yang terbaik.
2. Gunakan tanah yang bercampur pasir untuk pelancaran air.
3. Jangan isi tanah terlalu penuh di dalam pasu.
4. Kurangkan tanah daripada paras atas pasu sebanyak 1-2 inci.
Penggunaan Baja
1. Baja dibubuh 15 hari sekali.
2. Sukatan:
Pokok yang ditanam di atas tanah sukatannya adalah sebanyak 16 sudu teh (kerana terdedah kepada hujan).
Saiz Pasu Sukatan Pasu Besar (bonsai) 8 sudu teh Pasu Sedang 3 sudu teh Pasu Kecil 1 sudu teh
Cara Penjagaannya
1. Baja dibubuh di sekeliling pasu dan jauhkan dari terkena akar.
2. Air disiram 1 kali sehari di atas tanah pada waktu pagi (untuk menghasilkan bunga yang cantik). Jika disiram pada waktu petang/malam daun akan menjadi besar.
3. Letak di tempat yang mempunyai cukup cahaya matahari. Jarak antara pasu sekurang-kurangnya 2 kaki (bertujuan pengedaran udara yang baik).
4. Jika kerap hujan elakan bubuh baja, kerana daun dan bunga akan gugur.
5. Siram di akar dan bukan pada daun/bunga.
