CCTV MBI
Sejarah:
Pemasangan CCTV di bandaraya Ipoh ini bermula apabila kertas kerja Pelaksanaan Program Bandar Selamat telah dibentangkan untuk makluman jemaah Menteri pada 14 Julai 2004. Strategi dan langkah-langkah pencegahan jenayah tersebut dirangka hasil daripada beberapa siri perbincangan dengan pelbagai Jabatan/Agensi (khususnya PDRM) Institusi Pengajian Tinggi serta Badan-Badan Bukan Kerajaan seperti MCPF, FOMCA DAN REHDA.
Salah satu langkah yang yang dicadangkan adalah pemasangan CCTV di semua kawasan yang mempunyai kadar jenayah jalanan yang tinggi. Selaras dengan hasrat itu, 25 PBT termasuk Majlis Bandaraya Ipoh telah dipilih untuk pemasangan 496 unit CCTV. Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima 24 unit CCTV.
Objektif:
Untuk memenuhi inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu mengurangkan jenayah di seluruh negara khususnya dalam mengurangkan kadar jenayah jalanan. Pengunaan CCTV dapat dioptimumkan melalui perancangan yang teliti, pengurusan yang cekap dan pemantauan yang berterusan untuk meningkatkan tahap keselamatan.
Operasi:
Bilik kawalan CCTV terletak di dua lokasi iaitu di Pejabat Penguatkuasa MBI dan juga Bilik Gerakan IPD Ipoh. Kedua-dua bilik kawalan ini beroperasi 24 jam. Kerjasama antara 2 agensi ini telah berjaya mengoptimumkan penggunaan CCTV di Bandaraya Ipoh.
Lokasi:
| 1 | Bulatan Sultan Iskandar, Taman DR |
| 2 | Lorong Istana (Belakang SUK) |
| 3 | Jalan Sultan Abdul Jalil |
| 4 | Jalan Sultan Idris |
| 5 | Persimpangan Jalan Perhentian / Jalan Lahat |
| 6 | Jalan Sunway Ke Tambun (Lumba Haram) |
| 7 | Parking Motorsikal Padang Polo |
| 8 | Parking Motorsikal Pasar Besar Ipoh |
| 9 | Parking Motorsikal The Store (Pekan) |
| 10 | Jalan Taman Win Onn / Jalan Kuala Kangsar, Ipoh |
| 11 | Jalan Taman Jati – Carsem Jelapang |
| 12 | Parking Motorsikal Komplek Yik Foong |
| 13 | Parking Tepi Kawasan Greentown Business Centre |
| 14 | Parking Kenderaan Greentown Mall (Belakang) |
| 15 | Tesco (Jalan Medan Ipoh 2) |
| 16 | Persiaran Tugu Greentown |
| 17 | Gerbang Malam |
| 18 | Pusat Pelancongan Negeri Perak |
| 19 | Rumah Pangsa Waller Court |
| 20 | Rumah Pangsa Kinta Height |
| 21 | Jalan Raja Dr. Nazrin Shah (Hadapan Istana Kinta) |
| 22 | Kawasan Parking Komplek Sukan |
| 23 | Memory Lane |
| 24 | Kawasan Sultan Abdul Aziz |