alt
KHAS BAGI PENGGUNA
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian Mobile
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
     
       Emel MBI | Ahli Majlis | Direktori Pegawai
  Choose Your Font: teks kecil teks normal teks besar Sila Pilih Warna Anda: tema asal tema biru tema hitam tema coklat reset w3c Latar Belakang Pilihan Anda: grey green yellow coklat
 

MBI & ANDA

 


 


JABATAN BANGUNAN


Visi

Membangunkan sebuah bandaraya yang kondusif, teratur, dan selesa untuk didiami. Merealisasikan pembangunan bandaraya yang moden, dilengkapi dengan infrastruktur serta prasarana yang baik dan lengkap dengan menyediakan kualiti kehidupan yang tinggi bagi warga kotanya.

 

Misi

Membantu Majlis Bandaraya Ipoh menyediakan Perkhidmatan yang bermutu tinggi dan berkualiti di dalam menyelaras dan membangunkan bandaraya yang moden, kondusif, selamat dan selesa untuk didiami.

 

Slogan Jabatan 

“ BERSAMA MEMBINA MUTU DAN DAYA KEHIDUPAN YANG CEMERLANG ”

 

Latar Belakang

Ditubuhkan dengan secara rasminya berkuatkuasa 1 Jun 2007, dilaksanakan dengan menaiktaraf Bahagian Bangunan yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada unit di Jabatan Kejuruteraan.

Penubuhan Jabatan Bangunan di Majlis Bandaraya Ipoh juga dilaksanakan sebagai satu langkah untuk penyelarasan semula struktur organisasi di ketiga-tiga Majlis Bandaraya di Semenanjung Malaysia iaitu Majlis Bandaraya Johor Baharu, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Ipoh.

Penyelarasan tersebut adalah berpandukan kepada struktur organisasi asas yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan yang bertaraf Majlis Bandaraya.

 

Objektif

1. Objektif utama Jabatan adalah untuk memastikan dan menyelaraskan semua bentuk pembangunan fizikal bagi kawasan-kawasan di dalam penguasaan Majlis Bandaraya Ipoh dan kawasan persekitaran yang mana di bawah kawalannya supaya dibina secara teratur, terancang dan seimbang menepati matlamat pembangunan Majlis, mematuhi segala polisi Majlis dan Undang-Undang Kecil yang bersangkutan, mempunyai tahap keselamatan yang baik, selesa untuk didiami, bersih serta mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang sempurna dan berkualiti.


2. Selain daripada itu Jabatan Bangunan juga memainkan peranan bagi menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan serta menggalakkan aktiviti pembinaan bagi menampung keperluan penduduk Bandaraya Ipoh dengan kaedah:

i) Memastikan semua pembinaan semua bangunan yang didirikan sentiasa bermutu tinggi dan mengikut dasar-dasar dan piawai-piawai Majlis, Akta-Akta yang telah diperuntukkan, Undang-Undang Kecil dan Amalan-Amalan Piawai Kerajaan & Badan-Badan Profesional.

ii) Menyemak serta menambahbaik dari semasa ke semasa, piawai-piawai dan prosedur kerja-kerja pembinaan, peraturan-peraturan proses kelulusan untuk tujuan meningkatkan tahap produktiviti dan kualiti kerja Jabatan.

iii) Memberikan respon yang cepat kepada keperluan dan perkhidmatan yang dihajati oleh orang ramai.

iv) Selain dari itu, Jabatan ini juga tidak terkecuali dari mengambil bahagian bagi menjayakan pembangunan projek-projek prasarana yang telah dikenalpasti untuk dilaksanakan oleh Majlis bagi tujuan kemudahan orang ramai, khususnya penduduk Bandaraya Ipoh, serta Majlis Bandaraya ini amnya.

 

Halaman: 1  2  3  

Bookmark and Share