Jabatan Bangunan Jabatan Bangunan

Struktur Organisasi dan Fungsi

Sila klik sini untuk melihat struktur organisasi jabatan.

 

Fungsi-Fungsi dan Aktiviti Utama

i) Melaksanakan pemakaian dan penguatkuasaan Undang-Undang Kecil bangunan Seragam 1988, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974, Polisi-Polisi Pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh serta lain-lain Akta dan enakmen serta undang-undang yang berkaitan.

ii) Menerima dan memproses semua jenis permohonan Pelan Bangunan bagi kelulusan sementara dan lain-lain bentuk permohonan pembangunan yang melibatkan pembinaan bangunan dari jenis separa kekal dan sementara di dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.

iii) Memproses dan mengeluarkan Sijil Perakuan Layak Menduduki bagi bangunan-bangunan yang diluluskan.

iv) Menyelaras dan melaksanakan pemeriksaan kesiapan bagi permohonan pembangunan yang diluluskan melalui proses Perakuan Siap Dan Pematuhan(CCC).

v) Membantu Majlis Bandaraya Ipoh di dalam merangka polisi-polisi pembangunan dari semasa ke semasa.

 

Struktur dan Fungsi

Pada amnya Jabatan Bangunan mempunyai 3 (tiga) Bahagian Utama yang memainkan peranan melaksanakan fungsi-fungsi Jabatan seperti berikut:

i) BAHAGIAN PENTADBIRAN

• Unit Pentadbiran Am
• Unit Tadbir Kelulusan Pelan Bangunan
• Unit Tadbir Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Dan Telekomunikasi
• Unit Tadbir Penguatkuasaan, Pemantauan Pembangunan Dan Projek Khas.
• Unit Penguatkuasa Bangunan

ii) BAHAGIAN KAWALAN DAN PENGUATKUASAAN BANGUNAN

• Unit Kawalan Skim Perumahan, Komersial, Industri Dan Institusi
• Unit Kawalan Bangunan Kediaman Dan Struktur Sementara.
• Unit Kawalan Struktur Telekomunikasi Dan Penyelaras Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).

iii) BAHAGIAN REKABENTUK SENIBINA DAN PROJEK KHAS

• Unit Projek Khas dan kajiselidik
• Unit Rekabentuk.

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN

Bahagian Pentadbiran pada keseluruhannya mengendalikan semua urusan-urusan pentadbiran, memproses dokumen, kelulusan, merekod dan segala kerja-kerja sokongan di dalam urusan bahagian ini pada amnya.

i) Unit Pentadbiran Am

• Menerima, memproses dan merekod mengenai deposit dan pemulangan cagaran.

• Mengemaskinikan semua rekod-rekod borang permohonan, kelulusan pelan bangunan dan resit-resit bayaran.

• Menyelaras semua akaun perbelanjaan Jabatan dan belanjawan tahunan.

• Menyediakan laporan-laporan khas bulanan dan tahunan kepada agensi-agensi berkaitan.

• Menguruskan hal-hal pentadbiran perkhidmatan anggota termasuk pentadbiran, cuti, tuntutan dan kursus.

• Menyediakan maklumbalas surat di antara agensi-agensi kerajaan dan swasta.

• Menyelaraskan semua tindakan pentadbiran di antara unit-unit yang berkaitan.

• Menyelaraskan semua rekod pergerakan fail dan proses tindakan penghantaran fail bangunan untuk tindakan penilaian.

 

ii) Unit Pentadbiran Kelulusan Pelan Bangunan

• Menyediakan semua surat ulasan dan teguran Jabatan kepada pemohon.

• Menyediakan semua surat kelulusan bagi pelan-pelan bangunan.

• Menyelaras semua permohonan bagi semua kategori yang diterima melalui sistem elektronik.

• Menyediakan Sijil Perakuan Layak menduduki (SPLM) yang dikeluarkan dalam tempoh peralihan.

• Menyelaras dan merekod makluman mengenai kesiapan bangunan Borang F (CCC) kepada Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta MBI untuk tindakan menilai harta dan cukai taksiran.


iii) Unit Tadbir Penguatkuasaan, Pemantauan Pembangunan

• Membantu menyediakan semua permit-permit sementara.

• Menyediakan notis di bawah peruntukan Akta 133.

• Menerima dan menyelaras rekod-rekod bagi aduan awam.

• Menyediakan surat dan makluman berkaitan dengan maklumbalas terhadap aduan-aduan awam yang diuruskan oleh Unit Penguatkuasaan.

• Menyediakan surat-surat arahan Notis Pemberhentian Kerja untuk ditandatangan Pengarah Bangunan Bandaraya (PBB).

 

iv) Unit Tadbir Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Dan Telekomunikasi

Menyediakan dan menyelaras semua surat kelulusan atau permit yang dikeluarkan

• Menyediakan semua kertas-kertas kerja yang perlu dibentangkan ke Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) 2 kali sebulan.

• Menyediakan surat kelulusan dan pelan-pelan kelulusan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) untuk ditandatangani oleh PBB.

• Menyediakan laporan-laporan yang perlu diadakan yang melibatkan permohonan bagi sistem telekomunikasi dan permohonan melalui OSC.

• Menyediakan bil-bil bayaran tambahan, denda dan sewa petak letak kereta serta penerimaan pengemukaan semula pelan-pelan dan pertanyaan orang awam.

•Menyelaraskan tindakan bagi membaharui semua permit sementara bagi sistem dan struktur pemancar telekomunikasi.

Zon Kawasan Pentadbiran & Penguatkuasaan Jabatan

 

Muka surat: 1  2  3  

related1 related2 related3 related4 related5 related6 related7 related8
related9 related10 related11 related12 related13 related14 related15 related16
related17 related18 related19 related20 related21 related22 related23 related24
related25 related26

Pautan