alt
KHAS BAGI PENGGUNA
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian Mobile
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
     
       Emel MBI | Ahli Majlis | Direktori Pegawai
  Choose Your Font: teks kecil teks normal teks besar Sila Pilih Warna Anda: tema asal tema biru tema hitam tema coklat reset w3c Latar Belakang Pilihan Anda: grey green yellow coklat
 

MBI & ANDA

 

Bookmark and Share

 


JABATAN KESIHATAN

 

UNIT KAWALAN VEKTOR

  1. FUNGSI UTAMA  

1.1 Kawalan Dan Pencegahan Demam Denggi

1.1.1 Merancang , mengatur , mengetuai , melaksana dan menilai semula semua aktiviti Unit Kawalan Vektor

1.1.2 Mengurangkan morbidity dan mortality penyakit-penyakit bawaan vektor

1.1.3 Menjalankan siasatan ke atas kes-kes penyakit bawaan vektor yang dinotifikasikan dan menentukan punca jangkitan serta mengambil tindakan kawalan.

1.1.4 Menjalankan tinjauan aedes untuk mengesan pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes.

1.1.5 Menjalankan semburan ( termal fogging/ ulv) untuk membunuh nyamuk aedes dikawasan yang tinggi petunjuk aedes atau terdapat kes-kes denggi yang dilaporkan.

1.1.6 Menjalankan kerja-kerja pengurangan punca-punca pembiakan nyamuk Aedes.

1.1.7 Aktiviti pemusnahan jentik-jentik nyamuk aedes dengan larviciding.

1.1.8 Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan longkang tanah ‘anti malaria’ dalam kawasan MBI.

 

1.2 Tindakan Dan Siasatan Aduan Awam

1.2.1 Menjalankan siasatan aduan kacau ganggu nyamuk dan mengambil tindakan pencegahan penyakit demam denggi.

1.2.2 Menjalankan kerja-kerja kawalan roden (tikus) di bangunan milik MBI.

1.2.3 Menjalankan kerja kawalan dan pembasmian ulat bulu dan kutu apabila mendapat aduan daripada orang awam.

 

1.3 Penguatkuasaan Undang-undang APSPP

1.3.1 Melaksanakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dengan menjalankan pemeriksaan ulangan, mengeluarkan notis /kompaun dan menguruskan kerja-kerja tindakan mahkamah.

 

1.4 Pendidikan Kesihatan

1.4.1 Memberi kesedaran kepada orang awam mengenai penyakit bawaan vektor langkah pengawalan dan pencegahannya.

1.4.2 Mengatur program gotong-royong ‘Cari dan Musnah’ di kawasan ‘hotspot’ denggi.

1.4.3 Mengadakan pameran kesihatan dan kesedaran awam di sekolah, institusi pengajian, komplek perniagaan dan tempat tumpuan awam.

 

PIAGAM PELANGGAN

UNIT KAWALAN VEKTOR

2.1 Semua kes Demam Denggi akan disiasat dalam tempoh 24 jam

2.2 Semua tindakan kawalan kes Demam Denggi akan dijalankan dalam tempoh 24 jam

2.3 Semua aduan berhubung dengan gangguan nyamuk akan disiasat dalam tempoh 48 jam (2 hari)

2.4 Semua pesakit, hubungi pesakit serta jiran dalam lingkungan 200 meter radius dari rumah pesakit akan diberi pendidikan kesihatan dalam perkara mengawal dan mencegah penyakit demam denggi.

 

 


 

Halaman: 1  2  

Bookmark and Share