MAJLIS BANDARAYA IPOH
PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut:-
BIL. | JAWATAN / NO. RUJUKAN FAIL | KLASIFIKASI PERKHIDMATAN | KUMPULAN PERKHIDMATAN | TARAF JAWATAN | GRED / JADUAL GAJI |
1 | PEGAWAI UNDANG-UNDANG A2/3/3/8/08 | PERKHIDMATAN PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN | PENGURUSAN DAN PROFESIONAL | KONTRAK (1) | GRED L41: P1 RM 2,248.08 – RM 5,536.08 |
2 | ARKITEK LANDSKAP A2/8/7/91 | PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN | PENGURUSAN DAN PROFESIONAL | KONTRAK (1) | GRED J41: P1 RM 2,359.72 – RM 5,559.76 |
3 | PEGAWAI PERTANIAN A2/3/3/25/11 | PERKHIDMATAN PERTANIAN | PENGURUSAN DAN PROFESIONAL | KONTRAK (1) | GRED G41: P1 RM 1,914.74 – RM 5,473.24 |
4 | PENOLONG ARKITEK LANDSKAP A2/3/3/1/11 | PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN | SOKONGAN | KONTRAK (1) | GRED J29: P1 RM 1,750.82 – RM 3,587.88 |
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
PADA ATAU SEBELUM 28 MEI 2012
CARA MEMOHON
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh di muat turun daripada portal Majlis Bandaraya Ipoh – www.mbi.gov.my
(b) Permohonan dari pegawai / anggota yang sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing selaras dengan Perenggan 17, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005) dan mengemukakan bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi yang terkini.
(c) Permohonan hendaklah disertakan:-
(i) Sekeping gambar terkini berukuran passport/kad pengenalan; (dilekatkan pada borang permohonan)
(ii) Salinan Ijazah/diploma/transkrip rasmi/sijil/salinan Sijil SPM ; (Disahkan);
(iii) Salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil Lahir (Disahkan)
(iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah, (Disahkan);
(v) Sampul surat berukuran 9cm x 16 cm, ditulis nama dan beralamat sendiri yang lengkap serta dilekatkan setem bernilai RM 0.60.
(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh pada atau sebelum 28 Mei 2012 dengan mencatatkan nama jawatan di sebelah kiri sampul surat.
(e) Permohonan yang AKAN DITOLAK DAN SEBARANG RAYUAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN SEKIRANYA:
(i) tidak lengkap atau tidak jelas; (Tiada gambar dan sebagainya)
(ii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan;
(iii) tidak menyertakan salinan Ijazah/Diploma/Transkrip/Sijli-Sijill dan dokumen yang berkaitan atau tidak membuat pengesahan pada salinan dokumen;
(iv) tidak mematuhi syarat seperti perenggan 17, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).
“CINTAILAH BANDAR RAYA IPOH”
(DATO’ HAJI ROSHIDI BIN HAJI HASHIM)
Datuk Bandar Ipoh
“INOVASI MEREALISASIKAN TRANSFORMASI”
MUAT TURUN