English | Bahasa Malaysia Soalan Lazim | Hubungi Kami | Pautan | Bantuan | Peta Laman |
 
 
 

 
Jabatan Bangunan

JABATAN BANGUNAN

Objektif

Menyedia dan menyenggara servis kejuruteraan yang cekap dan berkesan untuk menampung keperluan penduduk-penduduk Bandaraya Ipoh serta skop dan kerja-kerja cadangan kejuruteraan dengan :-

  1. Mempastikan semua pembangunan, kerja-kerja infrastuktur dan kerja-kerja penyenggaraan, bermutu tinggi dan mengikut dasar-dasar dan piawai-piawai Majlis, Akta-Akta Parlimen tertentu, Undang-Undang Kecil dan Amalan-Amalan Piawai Kerajaan & Badan-Badan Profesional.
  2. Menyemak dari masa ke semasa, piawai-piawai dan prosedur kerja-kerja kejuruteraan, prosidur-prosidur pejabat untuk tujuan meninggikan produktiviti dan kualiti kerja.

 Fungsi

BAHAGIAN PROJEK

  1. Membuat analisa awal, nasihat-nasihat profesional dan cadangan sebagai panduan bagi konsep projek yang hendak dilaksanakan berlandaskan matlamat Majlis.
  2. Membuat lukisan persembahan serta model projek.
  3. Melaksanakan lukisan kerja bagi rekabentuk akhir, `Water Reticulation, Sanitary Plumbing, Electrical Layout dan lukisan struktur tetulang (R.C) jika berkaitan serta mengambil tindakan penyediaan dokumen tender.
  4. Mengawasi pembinaan projek dan memberi khidmat nasihat perundangan teknikal di masa-masa perlaksanaan projek. Bertanggungjawab terhadap mengadakan kajian serta menderaf pelan-pelan setara bagi kegunaan Majlis.
  5. Menyediakan pelan pindaan & tambahan untuk skim perumahan baru yang standard untuk dijual dengan mendapat kelulusan serta-merta kepada pemilik yang berminat.
  6. Melakukan kerja-kerja penyelidikan / kajian kepada prosedur dan proses permohonan dan penyelenggaraan bangunan sebelum melaksanakan polisi yang melibatkan binaan bangunan.

BAHAGIAN KAWALAN BANGUNAN

Antara lima (5) tugas-tugas utama:-

  1. Memproses permohonan bagi kelulusan pelan-pelan bangunan baru bagi semua kategori bangunan.
  2. Memproses permohonan bagi kelulusan pelan-pelan pindaan bagi semua kategori bangunan.
  3. Melaksanakan pemeriksaan tapak bagi permohonan Sijil Perakuan Layak Menduduki (CFO) dan pemantauan pengeluaran Sijil Pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi semua kategori bangunan baru.
  4. Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan memproses aduan terhadap perlaksanaan projek-projek pembangunan, binaan / struktur haram, struktur usang dan merbahaya serta pemeriksaan bagi bangunan tinggi melebihi 5 tingkat secara berkala.
  5. Memproses permohonan bagi kelulusan permit-permit sementara bagi kerja-kerja bangunan dan memproses pelan-pelan bangunan / struktur khas sementara.

UNIT KAWALAN SEKIM PERUMAHAN, KOMERSIAL, INDUSTRI & INSTITUSI.

  1. Memproses permohonan bagi kelulusan pelan-pelan bangunan baru bagi kategori sekim kediaman 5 unit dan keatas, bangunan komersial, institusi dan bangunan industri.
  2. Memproses permohonan bagi kelulusan pelan-pelan pindaan bangunan dan pindaan kepada pelan lulus bagi kategori sekim kediaman, bangunan komersial, institusi dan bangunan industri.
  3. Memproses permohonan pengesahan penerimaan pelan-pelan struktur bagi kategori sekim kediaman, bangunan komersial, institusi dan bangunan industri.
  4. Melaksanakan pemeriksaan tapak bagi tujuan penguatkuasaan dan pengeluaran Sijil Peakuan Layak Menduduki (SPLM) bagi kategori sekim kediaman, bangunan komersial, institusi dan bangunan industri.
  5. Melaksanakan pemantauan pengeluaran Sijil Pengeluaran Perakuan Siap & Pematuhan (CCC) bagi kategori sekim kediaman, bangunan komersial, institusi dan bangunan industri.

UNIT KAWALAN BANGUNAN KEDIAMAN DI BAWAH 5 UNIT & STRUKTUR SEMENTARA

  1. Memproses permohonan bagi kelulusan pelan-pelan bangunan baru bagi kategori rumah kediaman di bawah 5 unit.
  2. Memproses permohonan bagi kelulusan pelan-pelan pindaan bangunan dan pindaan kepada pelan lulus bagi kategori rumah kediaman di bawah 5 unit.
  3. Memproses permohonan pengesahan penerimaan pelan-pelan struktur bagi kategori rumah kediaman di bawah 5 unit.
  4. Melaksanakan pemeriksaan tapak bagi tujuan penguatkuasaan dan pengeluaran Sijil Perakuan Layak Menduduki (SPLM) bagi kategori rumah kediaman di bawah 5 unit.
  5. Melaksanakan pemantauan pengeluaran Sijil Pengeluaran Perakuan Siap & Pematuhan (CCC) bagi kategori rumah kediaman di bawah 5 unit.

UNIT PENGUATKUASAAN PEMANTAUAN PEMBANGUNAN

  1. Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan terhadap perlaksanaan projek-projek pembangunan dan siasatan terhadap binaan / struktur haram, struktur usang dan merbahaya.
  2. Memproses dan mengambil tindakan bagi aduan-aduan awam terhadap perlaksanaan projek-projek pembangunan, binaan / struktur haram, struktur usang dan merbahaya.
  3. Melaksanakan tugas-tugas pemantauan dan pemeriksaan bagi bangunan tinggi melebihi 5 tingkat secara berkala.
  4. Memproses permohonan bagi kelulusan permit-permit sementara bagi kerja-kerja bangunan dan memproses pelan-pelan bangunan / struktur khas.
  5. Menyediakan laporan dan tindakan terhadap isu-isu berkaitan kerosakan bangunan dan binaan yang tidak mengikut spesifikasi.

Halaman: 1  2  


 
    

Carian
Semak & Cetak
Bil Cukai Taksiran
Bil Lesen
Bil Sewaan
Semakan Kompaun
Direktori
Piagam Pelanggan
Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan (Jan - Ogos 2009)
Senarai Pegawai
Turun Padang (TURPA)
Pautan Staf
Email
Ahli Majlis
Login (Editor)
Kalendar
18 Mac 2010
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4
 
 
   
 
 
       
 

 

MAJLIS BANDARAYA IPOH . JALAN SULTAN ABDUL JALIL . 30450 GREENTOWN IPOH .

TEL : 05-2083333 / FAX : 05-2437211

 

 
 
Terma & Syarat | Polisi | Polisi Keselamatan| Penafian
Hakcipta Terpelihara 2010 © Majlis Bandaraya Ipoh
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768