English | Bahasa Malaysia Soalan Lazim | Hubungi Kami | Pautan | Bantuan | Peta Laman |
 
 
 

 
Jabatan Kujuruteraan

 

JABATAN KEJURUTERAAN

Ting. 8 Dewan Bandaraya Ipoh,
Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown,
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
dan
Ting.1 Bangunan Pejabat lama
Jalan S.P Seenivasagam
30000 Ipoh.

Objektif

Merancang pembangunan dan pembinaan infrastruktur dan kemudahan awam di dalam kawasan majlis bandaraya ipoh.


Fungsi

1. Merancang dan membina kemudahan Infrastruktur dan Kemudahan Awam:

  • Membina jalan, jambatan, longkang, tebatan banjir, lampu isyarat, papan tanda jalan dll.

  • Dewan orang ramai, pasar, gerai dan pusat penjaja, pondok bas, kompleks sukan dan rekreasi, industri ringan dll.


2. Menyelenggara segala kemudahan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Harta Majlis:

  • Bangunan-bangunan dan harta Majlis

  • Kemudhan-kemudahan awam

  • Jalan, longkang, jambatan, perabut jalan dll.

  • Loji dan Kenderaan Majlis


3. Mengeluarkan permit-permit sementara:

  • Pengorekkan jalan 


 

Visi

Kearah mewujudkan infrastruktur yang lengkap dan berkualiti untuk wargakota.
 

 



Misi

Untuk menyediakan prasarana dan persekitaran hidup yang moden, selamat dan sesuai dengan pembangunan bandar yang mampan.
 



Piagam

 

Piagam pelanggan jabatan kejuruteraan:



Bahagian Jalan, Saliran Dan Lalulintas

1. Menyemak dan memberi ulasan dan kelulusan permohonan kerja-kerja tanah, jalan, pengairan dan lampu jalan dalam tempoh 25 hari selepas memenuhi syarat-syarat Jabatan.

 

2. Mengeluarkan surat kelulusan permohonan permit korekkan jalan dalam tempoh 5 hari selepas memenuhi syarat-syarat Jabatan.

 

3. Memberikan maklumbalas mengenai kelulusan/kegagalan permohonan jalan, longkang, bonggol, pondok bas, lampu jalan dan papan tanda dalam tempoh 2 minggu.

 

4. Mengambil tindakan membaiki kerosakkan keatas aduan kerosakkan jalan, longkang, longkang monsoon, papan tanda dan perabut jalan dalam tempoh 2 minggu.

 

5. Mengambil tindakan membaiki kerosakkan daripada aduan kecemasan seperti halangan lalulintas dan kerosakkan lampu isyarat dalam tempoh 24 jam.

 

6. Menyemak dan memberikan ulasan permohonan kerja-kerja bangunan, pelan susun atur, susunatur papan tanda dan iklan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan

 
Bahagian Kerja Dan Bangunan

1. Mengambil tindakan pembaikan keatas aduan kerosakkan bangunan, kerja letrik dan mekanikal dalam tempoh 3 minggu.

 

2. Melaksanakan pembaikan lif penumpang, pam air bangunan-bangunan MBI dengan kadar segera.

 

3. Memastikan melalui perancangan jangka pendek/panjang peralatan-peralatan letrik, pencegah kebakaran, sistem pehubungan dan talipon sentiasa berada dalam keadaan berfungsi pada setiap masa.


 
    

Carian
Semak & Cetak
Bil Cukai Taksiran
Bil Lesen
Bil Sewaan
Semakan Kompaun
Direktori
Piagam Pelanggan
Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan (Jan - Ogos 2009)
Senarai Pegawai
Turun Padang (TURPA)
Pautan Staf
Email
Ahli Majlis
Login (Editor)
Kalendar
18 Mac 2010
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4
 
 
   
 
 
       
 

 

MAJLIS BANDARAYA IPOH . JALAN SULTAN ABDUL JALIL . 30450 GREENTOWN IPOH .

TEL : 05-2083333 / FAX : 05-2437211

 

 
 
Terma & Syarat | Polisi | Polisi Keselamatan| Penafian
Hakcipta Terpelihara 2010 © Majlis Bandaraya Ipoh
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768