Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
     
       Emel MBI | Ahli Majlis | Direktori Pegawai
 

 
Jabatan Kesihatan

JABATAN KESIHATAN BANDARAYA

Latar Belakang

Pada keseluruhan Jabatan Kesihatan berperanan meningkatkan taraf kesihatan wargakota dengan menitikberatkan kebersihan persekitaran, pengeluaran serta penjualan makanan yang selamat. Selain daripada pengawalan penularan penyakit berjangkit, aspek meminima dan menghapuskan kacauganggu di kalangan penduduk turut dikuatkuasakan. Urusan melesen, mengawal dan mengawasi perniagaan, perdagangan dan industri pengeluaran adalah tunggak aktiviti Jabatan kesihatan. Jabatan ini dibahagiakan kepada 4 bahagian dan 11 unit iaitu :-

1. Bahagian Pentadbiran
1.1. Unit Sokongan
1.2. Unit Suntikan

2. Bahagian Kesihatan Persekitaran
2.1. Unit Kesihatan Am
2.2. Unit Kawalan Mutu Makanan
2.3. Unit Kesihatan Sekolah


3. Bahagian Pengurusan Penjaja Dan Pasar
3.1. Unit Pengurusan Pasar
3.2. Unit Pengurusan Penjaja

4. Bahagian Kawalan Penyakit Berjangkit
4.1. Unit Kawalan Vektor
4.2. Unit Kawalan Penyakit Berjangkit
4.3. Unit Pendidikan Kesihatan



Objektif

Objektir jabatan adalah untuk mempertingkatkan semaksima mungkin tahap kesihatan dari segala aspek demi untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah Bandaraya yang terbersih dan terindah serta meninggikan taraf kesihatan.
Bagi memastikan pencapaian matlamat di atas, jabatan Kesihatan memainkan peranan memberi perkhidmatan pembersihan bandar secara berkesan. Selain itu berperanan mengawal penjaja/peniaga, mengawasi dan mengawal penyakit-penyakit berjangkit, bertanggungjawab mengawal mutu makanan dan menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam.



Misi

Untuk menyediakan satu suasana hidup yang sihat, selamat dan sejahtera serta berdaya maju
 



Visi

Kearah mewujudkan masyarakat yang sejahtera dari segi mental dan fizikal untuk mencapai matlamat membina Bandar Raya Idaman

 


Dasar Q

Memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada warga kota



Slogan

Warga Sihat Penjana Kemajuan



Etika Kerja


1. Bekerja dengan ikhlas, jujur dan amanah serta sebagai satu ibadah
2. Bekerja dengan cekap dan professional
3. Bekerja dengan sikap amanah, mesra dan sentiasa bersikap terbuka
4. Bekerja secara berpasukan dan sentiasa mematuhi arahan ketua



Fungsi


1. Mengawal semua jenis perniagaan mengikut Undang-Undang Kecil berkenaan seperti perindustrian, perdagangan, lain-lain perdagangan,rumah urut, kedai pendandan rambut, hotel, tempat letak kereta dan lain-lain.
2. Mengawas dan mengawal industri, tred dan aktiviti domestik yang mempunyai kesan kepada alam sekitar.
3. Mengawas dan mengawal sanitasi dan hygien premis makanan dan tempat awam
4. Mengawasi kualiti makanan melalui pemeriksaan makanan serta di hantar ke makmal untuk di analisa bagi memastikan kualiti makanan yang di jual mematuhi syarat-syarat dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia disusuli dengan penguatkuasaan undang-undang terhadap yang melanggar.
5. Mengawal kebersihan serta pembuangan sampah-sarap di pasar-pasar awam.
6. Mengawal penjaja-penaja, gerai-gerai serta peniaga pasar malam.
7. Mengawas dan mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
8. Mengawas dan mengawal penyakit bawaan vektor pest melalui kawalan denggi dan malaria.
9. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, kantin dan menjalankan kerja-kerja mencontoh air minuman.
10. Perkhidmatan suntikan dan pemeriksaan kesihatan dan bagi pengendali makanan dan perkhidmatan suntikan bagi perjalanan luar Negara.
11. Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan untuk orang awam dan kanak-kanak sekolah melalui pameran, ceramah dan lain-lain.
12. Menyiasat aduan daripada orang awam, menghapuskan segala kacauganggu.
13. Pemeriksaan mayat untuk tujuan pengeluaran permit pengebumian dan sijil kematian.


Halaman: 1  2  

Bookmark and Share
view-hits : 5030
last-update : 01 Disember 2009

 
    

Carian
Semak & Cetak
Bil Cukai Taksiran
Bil Lesen
Bil Sewaan
Semakan Kompaun
Bookmark and Share
view-hits : 5030
last-update : 23 November 2009
Direktori
Piagam Pelanggan
Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan (Jan - Ogos 2009)
Senarai Pegawai
Turun Padang (TURPA)
Bookmark and Share
view-hits : 5030
last-update : 08 Disember 2009
Pautan Staf
Email
Ahli Majlis
Login (Editor)
Bookmark and Share
view-hits : 158458
last-update : 04 November 2009
Kalendar
icon icon 05 Februari 2012 icon icon
M T W T F S S
28 29 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4