KERJA - KERJA MELAKSANA, MENGURUS SERTA MENYIAPKAN PENGUMPULAN DATA INVENTORI POKOK, PENILAIAN EKONOMI, RISIKO POKOK (TREE RISK ASSESSMENT) DAN PENYELENGGARAAN POKOK UNTUK MAJLIS BANDARAYA IPOH
LATAR BELAKANG
Kerja - Kerja Melaksana, Mengurus Serta Menyiapkan Pengumpulan Data Inventori Pokok, Penilaian Ekonomi, Risiko Pokok (Tree Risk Assessment) Dan Penyelenggaraan Pokok Untuk Majlis Bandaraya Ipoh adalah salah satu program Bahagian Penyelidikan dan Pemuliharaan, Jabatan Landskap Negara. Ia adalah bertujuan untuk menilai ekonomi aset hidup yang terdapat dalam Majlis Bandaraya Ipoh.
Senarai Kuantiti Bagi Kerja – Kerja Melaksana, Mengurus Serta Menyiapkan Pengumpulan Data Inventori Pokok, Penilaian Ekonomi, Risiko Pokok (Tree Risk Assessment) Dan Penyelenggaraan Pokok Untuk Majlis Bandaraya Ipoh adalah seperti;
a) Kerja-kerja pengumpulan data dan inventori pokok:
- Analisis pokok
- Kerja-kerja pemasangan tag
- Kerja-kerja kemasukan data di Sistem Inventori Pokok (SIP)
b) Kerja-kerja penilaian risiko pokok (Tree Risk Asssessment):
- Kerja-kerja pemeriksaan akar, batang, dahan dan daun
- Kerja kerja penilaian sasaran
c) Kerja-kerja menilai ekonomi pokok (Tree Economic Evaluation):
- Kerja kerja penilaian ekonomi menggunakan Sistem Thyer
d) Kerja-kerja menyediakan dokumen laporan:
- Kerja-kerja penyediaan dokumen rumusan inventori
- Kerja-kerja penyediaan dokumen penilaian risiko pokok (Tree Risk Assesment)
- Kerja kerja penyediaan dokumen penilaian ekonomi pokok (Tree Economic Evaluation)
e) Kerja-kerja penyelenggaraan pokok:
- Pemangkasan
- Kawalan perosak dan penyakit
- Pembajaan
- Pembersihan daripada tumbuhan parasit/epifit
- Lain-lain kerja penyelenggaraan berkaitan
LOKASI KAJIAN
- JALAN SULTAN AZLAN SHAH
- JALAN RAJA DR NAZRIN SHAH
- JALAN DATO' ONN JAAFAR
- TAMAN DR SEENIVASAGAM
- JALAN RAJA MUSA AZIZ
- JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB
- MEDAN STESYEN KERETAPI
- PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK