Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
     
       Email MBI | Sidang Redaksi | Senarai Pegawai
Sila Pilih Teks Anda: Sila Pilih Warna Anda: Latar Belakang Pilihan Anda:
 
MBI & ANDA


Emel Dengar Teks Cetak
 

 


SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MBI

Perkembangan pentadbiran Ipoh berkait rapat dengan keluasan kawasan pentadbiran Ipoh.Ini menjelaskan terbukti dari detik-detik sejarah yang akhirnya menaikkan taraf Ipoh sebagai bandaraya dan ibu negeri Perak Darul Ridzuan.

Ipoh pada mulanya hanyalah menjadi tumpuan tempat persinggahan dan perniagaan terpenting bagi daerah-daerah di sekitarnya.Nama ‘Ipoh’ dipercayai berasal dari pokok

‘ Upas’.Orang Inggeris menyebut “Epu” manakala orang cina pula menyebut ‘Ipoh atau ‘Paluh’.

Sehingga tahun 1890-an,Sungai Kinta menjadi perhubungan utama di antara ipoh dengan kawasan-kawasan lain atau luar negeri Perak.Selepas tahun 1874,perkembangan Daerah Kinta amat lembab terutama masalah perhubungan melalui Sungai Kinta .Kenderaan seperti sampan,gajah dan kereta lembu memakan masa yang lama. Dalam tahun 1884,jalan raya wujud menghubungi kawasan perkampungan Gopeng dan pelabuhannya di Kota Bahru dan seterusnya menghubungkan kawasan perlombongan Papan dengan Batu Gajah.

Perkhidmatan bas bermula pada tahun 1910 dan tahun 1911 Pejabat Pendaftar Kereta Motor telah ditubuhkan di Ipoh.Pada tahun 1905-1915.’Kinta Sanitary Board North’telah diwujudkan dan tahun 1916-19941,’Kinta District Board’ di bawah pentadbiran ‘British Military Administration’mengambil tempat.

Manakala dalam tahun 1946-1954, ‘ Kinta Town Board ‘telah wujud yang bermula dibawah penyelarasan Major J.S Drake dan pada tahun 1954-1956,G.S Walker menjadi Pengerusi ‘Ipoh dan Menglembu Town Coucil ditubuhkan pada tahun 1757-1962 diketuai oleh Encik Abdullah bin Udi.Pada 31hb Mei 1962,Ipoh telah dinaikkan taraf perbandaran dan dikenali sebagai ‘Majlis Perbandaran Ipoh’ yang dipengerusikan oleh E.G Walker.

Pada 27 Mei 1988,DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah mengisytiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh,ibu negeri Perak Darul Ridzuan.Majlis Perbandaran Ipoh dikenali sebagai ‘Majlis Bandaraya Ipoh’ dan Ketua Eksekutifnya bergelar Datuk Bandar.Kini dibawah pimpinan Datuk Bandar,Majlis bandaraya Ipoh terus berusaha untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah Bandaraya yang dinamik dan unggul.

Sir Frank Swettenham DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni AlMarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

1893 - Ipoh Sanitary Board
Diasaskan oleh Sir Frank Swettenham, Residen British

31 Mei 1962 - Majlis Perbandaran Ipoh

27 Mei 1988 - Majlis Bandaraya Ipoh
Diisytiharkan oleh DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni AlMarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Merupakan Bandaraya Ketiga di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah dibina pada tahun 1985 dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada 8 November 1996. Kos pembinaan bangunan MBI adalah sebanyak RM 11 juta (RM 16 juta jika termasuk ruang letak kereta dan lain-lain)


Bookmark and Share