"Membina Bandaraya Yang Kondusif Bagi Pembangunan Ekonomi, Sosio Budaya Dan Pembangunan Modal Insan "
OBJEKTIF
Menghasilkan mutu kehidupan yang lebih selesa dan seimbang serta meninggikan taraf hidup bagi semua penduduk dalam kawasan Majlis dengan cara:
Menyediakan segala kemudahan dan perkhidmatan sebagai asas mencapai mutu kehidupan yang lebih selesa dan meningkatkan taraf hidup penduduk dalam kawasan Majlis.
Memperkemaskan dan meningkatkan mutu perkhidmatan dan perancangan pembangunan dalam semua bidang.
Menggalakan dan menyediakan kemudahan, rekreasi dan riadah awam.
Mengindahkan Bandaraya Ipoh bersesuaian dengan tarafnya sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri Perak di samping menggalakan industri dan pentadbiran.
Menggalakan pertumbuhan industri dan perdagangan.
Berusaha mencapai objektif dan aspirasi kerajaan termasuk melaksanakan dasar Pembangunan Nasional.