alt
KHAS BAGI PENGGUNA
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian Mobile
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
     
       Emel MBI | Ahli Majlis | Direktori Pegawai
  Choose Your Font: teks kecil teks normal teks besar Sila Pilih Warna Anda: tema asal tema biru tema hitam tema coklat reset w3c Latar Belakang Pilihan Anda: grey green yellow coklat
 

MBI & ANDA

 


 


PEJABAT AUDIT


VISI

Ke arah meningkatkan / mewujudkan kompetensi seterusnya mewujudkan pengurusan yang cekap lagi efisien agar sumber dapat digunakan secara optimum.

MISI

  • Merancang program auditan pengurusan, kewangan dan penyiasatan dengan sistematik, tepat, ketelusan maklumat boleh dibuat secara bebas, adil dan saksama kepada semua warga organisasi.

 

  • Memastikan program & aktiviti Majlis  dilaksanakan secara cekap, ekonomi dan efektif.


OBJEKTIF

  • Menentukan wujudnya struktur dan sistem pengurusan kewangan yang berkesan.
  • Memastikan wujudnya sistem kawalan dalaman yang berkesan terhadap pungutan hasil, perbelanjaan, akaun/kumpulan wang amanah, pelaburan dan harta modal.
  • Menentukan pengurusan kewangan dibuat mengikut undang-undang, polisi dan peraturan yang ditetapkan.
  • Memastikan rekod yang berkaitan diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini.
  • Semua sumber organisasi digunakan dengan cekap, berkesan dan ekonomi.


CARTA ORGANISASI PEJABAT AUDIT

FUNGSI UTAMA

Pentadbiran Am
i).    Menguruskan sistem fail.
ii).   Menguruskan surat-menyurat berkaitan pentadbiran.
iii).  Menguruskan rekod cuti.
iv).  Menguruskan proses perolehan.
v).   Memaklumkan kepada Juruaudit Bandaraya mengenai mesyuarat-mesyuarat yang perlu dihadiri serta temujanji.
vi).  Menguruskan pembelian.
vii). Menguruskan tuntutan perbatuan.
viii) Mengemaskini daftar inventori.


Audit Kewangan


Audit kewangan merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan samada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan.


Audit Penyiasatan & Operasi


i).   Audit Penyiasatan

  • Apabila mendapat maklumat dan arahan daripada pihak pengurusan. (DB/SUB/KJ/Mesyuarat-mesyuarat Majlis).
  • Hasil pemerhatian audit.
  • Aduan awam.


ii).  Audit Operasi

  • Audit operasi merangkumi penilaian terhadap aktiviti Majlis untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan

 

Bookmark and Share