Memupuk silaturrahim dikalangan ahli-ahli Persatuan dan keluarga ahli-ahli.
Mengekalkan perhubungan baik di antara Persatuan dan Majlis Bandaraya Ipoh.
Menjalankan dan menggalakkan kerja-kerja amal dan menyediakan bantuan kewangan mengikut kemampuan persatuan bagi kebajikan pelajaran anak-anak ahli serta terhadap ahli-ahli yang uzur dan memerlukan bantuan akibat ditimpa kemalangan, kesusahan, bencana alam dan seumpamanya.
Menjalankan usaha-usaha perniagaan bagi menambah kumpulan wang Persatuan. Bagaimana pun semua wang dan keuntungan yang diperolehi oleh Persatuan daripada penyertaan didalam sebarang perniagaan hendaklah digunakan hanya semata-mata untuk memaju dan melaksanakan program Persatuan dan tiada mana-mana bahagian daripada wang dan/atau keuntungan itu boleh digunakan untuk membayar dividen, bonus atau keuntungan kepada mana-mana ahli Persatuan. Walau bagaimana pun, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran dibuat kepada mana-mana ahli Persatuan atau kepada orang lain kerana perkhidmatan yang sebenar-benar diberikan olehnya atau oleh mereka kepada Persatuan.
Memperoleh, membeli, menyewa atau memiliki tanah, bangunan, saham dan aset-aset lain menurut keperluan bagi mencapai tujuan Persatuan.
Menganjurkan program-program seperti kerja-kerja amal dan kemasyarakatan bagi maksud mengumpul wang untuk kegunaan Persatuan.
Bergabung dengan mana-mana pertubuhan berdaftar yang mempunyai tujuan sama setelah mendapat persetujuan pihak yang berkenaan.
Menerima sumbangan daripada agensi kerajaan atau swasta untuk tujuan persatuan.
Nota : Logo Persatuan
Warna 'orange' bulatan yang ditulis Persatuan Pesara MBI (PERMAI) melambangkan keperihatinan ahli yang sedia bekerjasama serta menyokong program-program anjuran Majlis Bandaraya Ipoh.
Harimau melambangkan kekuatan modal insan membangunkan dan menjamin kesejahteraan komuniti bandaraya Ipoh..
Pokok melambangkan kehijauan dan lanskap bandaraya Ipoh yang mesti dijaga bersama diantara masyarakat dan bandaraya Ipoh.