Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
     
       Emel MBI | Ahli Majlis | Direktori Pegawai
  Sila Pilih Teks Anda: teks kecil teks normal teks besar Sila Pilih Warna Anda: teks biru teks merah teks hijau reset w3c Latar Belakang Pilihan Anda: grey green yellow coklat
 
MBI & ANDA

 


 

curve3 curve4
curve1 curve2

LAMAN WEB ILMU PERPUSTAKAAN TUN RAZAK

PERPUSTAKAAN TUN RAZAK

Latarbelakang Perpustakaan

1931

  • Perpustakaan ini mula ditubuhkan oleh Kelab Rotary Ipoh di atas nama IPOH JUVENILE LIBRARY di mana ia dibuka untuk kanak-Kanak sahaja bertempat di ruangan di tingkat satu Dewan Bandaran.


1950

  • Pada bulan Oktober, Menteri Besar Perak, Dato’ Panglima Bukit Gantang meletakkan batu asas perpustakaan. Pembinaannya dibiayai oleh Ipoh Rotary Club.


1951

  • Bangunan perpustakaan di Jalan Kelab terletak di antara Bangunan Mahkamah Tinggi dan Kelab DiRaja Ipoh dan namanya bertukar kepada PERPUSTAKAAN TUN RAZAK dan ia dibuka semula untuk dewasa dan kanak-kanak dimana semua ahli dikenakan yuran tahunan.
  • Perpustakaan Perak dibuka secara rasmi oleh Sultan Perak, Sultan Yussuf Izzuddin Syah.


1957

  • Mac 1957, pembinaan tingkat pertama bangunan perpustakaan siap sepenuhnya dan dibuka oleh Y.T.M. Raja Muda Perak.


1961

  • Majlis Perbandaran Ipoh mengambilalih pengurusan perpustakaan sempena kenaikan taraf Majlis Perbandaran Ipoh ini dari sebuah ‘Town Council’ ke taraf perbandaran dan namanya ditukar pula kepada IPOH LIBRARY.
  • Pada 29 November 1961 perpustakaan dibuka secara rasmi oleh Councillor the Honorable D.R. Seenivasagam.

1962

  • Pada 1 Julai, perpustakaan menjadi institusi percuma untuk memperingati kenaikan status Ipoh Town Council kepada Majlis Perbandaran. Namanya ditukar kepda IPOH FREE PUBLIC LIBRARY atau PERPUSTAKAAN RAYA PERCUMA IPOH di mana Majlis Perbandaran mengenepikan bayaran yuran tahunan dan ahli-ahli dikenakan bayaran cagaran sahaja.
  • Keahlian perpustakaan mencapai 1,000 orang pada bulan November.


1964
Jun                 – dinamakan Ipoh Public Library.
September    - perpustakaan dipilih sebagai tempat simpanan penerbitan UNESCO
December    - Asia Foundation menyumbangsebanyak 550 buku.

1965

  • Sukarelawan pelajar dilantik membantu perpustakaan dengan nama singkatan H.U.H.Y (Help Us Help You) sebagai nama rasmi mereka.
  • Pembinaan dalaman perpustakaan siap dan dibuka kepada orang ramai. Manakala bahagian Audiovisual dibuka oleh Duta Amerika, James Bell sempena persembahan Memorial Koleksi Rekod John F. Kennedy.
  • April : cagaran sebanyak RM2.00 untuk kanak-kanak.
  • Pada 13 Ogos 1965, lawatan rasmi oleh Sultan Perak ke perpustakaan. Pada hari berikutnya iaitu 14 Ogos Tamil Sub-Committee secara tidak rasmi dibentuk untuk membantu dan menyokong kakitangan-kakitangan untuk memperbaiki perkhidmatan perpustakaan di bawah pimpinan Encik R. Jayaderan.
  • Semua buku-buku vernacular iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Tamil disusun semula berpandukan Deway Demical Classification.


1966

  • Ulangtahun ke 5 perpustakaan semenjak Majlis Perbandaran Ipoh mengambilalih perpustakaan tersebut.


1967

  • Pada bulan Jun, Chinese Sub-Committee dibentuk dibawah pimpinan Brother Laurence Tang.
  • Pada bulan September, pembukaan rasmi koleksi bahan Bahagian Bahasa Cina.


1970

  • Pada 2 Januari, pendaftaran semula keahlian perpustakaan.


1975

  • Majlis Perbandaran Ipoh membina sebuah perpustakaan yang lebih besar di Padang Hoki Wanita berdekatan dengan perpustakaan lama yang menelan belanja RM1.4 juta.
  • Pada bulan Mac, National Language Sub-Committee dibentuk bawah Encik Abd. Ghaffar b. Hj. Hashim untuk membina koleksi Bahasa Melayu.


1976

  • Pada 06/07/1976 perpustakaan ini yang terletak di Jalan Kelab Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab mula dibuka kepada orang awam. Bayaran tahunan yang dikenakan kepada ahli ialah sebanyak RM15.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk penuntut selain daripada wang cagaran tetapi ahli kanak-kanak dikecualikan.


1977

  • Pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh Yg. Amat Berhormat Tun Hajah Rahah, SSM., balu kepada Allahyarham Tun Abdul Razak. Pada 11 November 1977, perpustakaan ini dinamakan PERPUSTAKAAN TUN RAZAK sebagai kenangan kepada Bekas Perdana Menteri ke 2.


1980

  • Koleksi bahan semakin bertambah dengan kepelbagaian koleksi dalam bentuk monograf, serial, dan bahan bukan buku dan penggunaan perpustakaan semakin menggalakkan. Ini menyebabkan bangunan perpustakaan dua tingkat ini berkurangan ruang untuk menampung penambahan penggunaan perpustakaan. Ekoran dari itu perpustakaan ini telah diperbesarkan dengan tambahan empat tingkat dengan harapan ia mampu mengatasi masalah tersebut dan seterusnya mampu memenuhi kehendak masyarakat.


1990

  • Jawatankuasa Khutub Khanah ditubuhkan bagi membantu perkhidmatan perpustakaan berjalan lancer dan berkesan serta menepati kehendak penduduk. Perwakilan terdiri dari ahli-ahli majlis serta para profesional. Jawatankuasa juga telah mewujudkan jawatankuasa kecil pemilihan buku bagi membantu dalam membina koleksi perpustakaan.


1992

  • Jawatankuasa Khutub Khanah ditukar kepada Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan.


1994

  • Perpustakaan menjalani proses pengubahsuaian yang telah siap sepenuhnya pada tahun ini. Usaha ini melibatkan projek pembesaran perpustakaan dengan menambah empat tingkat kepada bangunan asal dengan RM2.4 million.


1995

  • SISPUKOM atau Sistem Perpustakaan Berkomputer telah diperkenalkan dan diaplikasikan di Perpustakaan Tun Razak. Sistem ini menawarkan perkhidmatan seperti :


1)    Perolehan
2)    Pengkatalogan
3)    Sirkulasi
4)    Bahan Berkala
5)    Rujukan
6)    Infotrak

  • Dua buah organisasi yang bertanggungjawab membekalkan perkhidmatan penyelenggaraan SISPUKOM ini ialah PARADIGM SYSTEMS SDN BHD. Dan ITM Shah Alam, Selangor.
  • Menerusi OPAC pencarian maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Pengguna dapat mencari bahan yang diperlukan menerusi INFOTRAK yang dapat diakses melalui :


1)    Pengarang
2)    Tajuk
3)    Subjek
4)    Siri
5)    Nombor panggilan
6)    ISBN/ISSN
7)    Kawasan penerbitan
8)    Nama penerbit
9)    Tahun terbitan
 

  • Pengguna boleh melihat profil mereka dan status sirkulasi perpustakaan dengan memilih aspek-aspek di bawah iaitu :


1)    Dalam pinjaman
2)    ‘On Hold’
3)    Dalam simpanan
4)    ‘Overdue’
5)    Denda
6)    SDI
7)    Menunggu kutipan
8)    Mel
9)    Tukar password

  • Bahagian Maklumat Awam perpustakaan membekalkan maklumat umum kepada perpustakaan.
  • Bahagian Pesanan harian memberi maklumat terakhir harian dan aktiviti terkini perpustakaan.


1999
Mulai Mei 1999, perisian SISPUKOM telah mematuhi keperluan Y2K. Mulai tahun 2000 hingga 2010, sistem SISPUKOM berjalan lancar.

 

Halaman: 1  2  3  

Bookmark and Share