Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
     
       Email MBI | Sidang Redaksi | Senarai Pegawai
Choose Your Font: Sila Pilih Warna Anda: Latar Belakang Pilihan Anda:
 
MBI & ANDA


Emel Dengar Teks Cetak
 

 


PIAGAM PELANGGAN


Kami berjanji untuk bekerja dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra, amanah dan berkualiti ke arah menjadikan Ipoh sebuah Bandar Raya yang bersih, indah, teratur dan dinamik.
Janji-janji kami adalah:

  1. Memberikan perkhidmatan pungutan sampah setiap hari di pusat perdagangan dan pasar dan 3 kali seminggu di lain-lain kawasan.
  2. Pembersihan longkang dilakukan setiap hari di kawasan perdagangan dan sekurang-kurangnya sekali sebulan di lain-lain kawasan.
  3. Pemotongan rumput dilakukan 2 minggu sekali di jalan utama dan sebulan sekali di lain-lain jalan dan kawasan lapang.
  4. Memotong dan membersihkan pokoo-pokok tumbang yang menhalang laluan dalam tempoh 24 jam setelah aduan diterima.
  5. Memberikan kelulusan ke atas permohonan perancang dan pembangunan yang telah mematuhi kehendak-kehendak perancangan tidak melebihi 2 bulan.
  6. Semua bil pembaharuan lesen premis, iklan, penaja dan pasar akan dikeluarkan sebelum 15hb. Januari setiap tahun.
  7. Semua permohonan lesen-lesen Majlis akan diproses seta diberi kelulusan bersyarat atau kelulusan lesen dalam tempoh seperti berikut :
    • Serta-merta untuk lesen sambilan/sementara perniagaan pasar malam, jualan buah-buahan bermusim, perniagaan/acara-acara khas seperti Pasar Ramadhan, Ekspo;
    • Kelulusan bersyarat dikeluarkan melibatkan perniagaan premis penaja, gerai swasta/Majlis (tidak termasuk proses temuduga) akan dikeluarkan dalam masa 2 minggu;
    • Kelulusan bersyarat melibatkan perniagaan premis makanan//bukan makanan, kilang makanan/bukan makanan akan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan;
    • Kelulusan bersyarat melibatkan perniagaan permohonan lesen gerai pasar awam akan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan;
    • Dalam tempoh 3 bulan kelulusan bersyarat dikeluarkan melibatkan pengiklanan billboard, perniagaan yang memerlukan ulasan daripada Jabatan Perancangan Bandaraya dan Jabatan Kejuruteraan Bandaraya.
  8. Memberikan kelulusan ke atas permohonan pelan bangunan yang mematuhi semua kehendak perundangan dalam tempoh :
    • 6 minggu bagi rumah sebuah dan bangunan kilang.
    • 12 minggu bagi semua skim perumahan/perindustrian dan perdagangan.
  9. Mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) tidak melebihi 2 minggu dari tarikh permohonan diterima yang mematuhi semua kehendak-kehendak yang ditetapkan.
  10. Mengeluarkan permit-permit sementara bagi kerja-kerja binaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan.
  11. Memberikan keputusan bantahan cukai taksiran dalam tempoh 2 bulan dari tarikh penerimaan surat bantahan.
  12. Mengeluarkan bil-bil cukai taksiran kepada pembayar cukai tidak lewat daripada 15hb. Januari dan 15hb. Julai setiap tahun.

 

Bookmark and Share