Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
     
       Emel MBI | Ahli Majlis | Direktori Pegawai
  Sila Pilih Teks Anda: teks kecil teks normal teks besar Sila Pilih Warna Anda: teks biru teks merah teks hijau reset w3c Latar Belakang Pilihan Anda: grey green yellow coklat
 
MBI & ANDA

 


 

curve3 curve4
curve1 curve2

Kemudahan-kemudahan ini dibina bertujuan untuk memberikan kemudahan dan galakan kepada orang ramai bergiat dalam bidang sukan. Semua kemudahan tersebut terletak dalam satu kawasan seluas 75.2 ekar di Jalan Ghazali Jawi.


Kompleks Kolam Renang

Kompleks bertaraf antarabangsa ini menyediakan sebuah kolam renang utama saiz olimpik, sebuah kolam terjun, sebuah kolam belajar, sebuah kolam untuk kanak-kanak, sebuah kolam 'leisure' dan sebuah kolam ombak.


http://www.mbi.gov.my/portal3/living/images/court.jpg

 

Pusat Badminton dan Skuasi

Pusat ini menyediakan 16 gelanggang badminton termasuk 4 gelanggang lantai rholastik dan 11 gelanggang skuasi di samping 4 buah meja ping-pong.


http://www.mbi.gov.my/portal3/living/images/tennis.jpg

Gelanggang Tenis

Gelanggang Tenis menyediakan 9 buah gelanggang dan 2 buah gelanggang latihan.

 

Velodrom Rakyat
Velodrom Rakyat ialah gelanggang pelumba basikal yang menyediakan trek pelumba bertaraf antarabangsa.
http://www.mbi.gov.my/portal3/living/images/indera.jpg

 

Stadium Indera Mulia

Stadium Indera Mulia adalah sebuah stadium tertutup dan pelbagai guna yang terdiri daripada empat buah gelanggang untuk permainan sepak takraw, badminton, bola tampar dan bola keranjang. Di samping itu, ia juga boleh digunakan untuk pertunjukan pentas.

Stadium Perak

Stadium Perak boleh memuatkan seramai 20,000 orang penonton pertandingan bola sepak. 'Synthetic running track' baru yang dibina mengikut spesifikasi International Amateur Athletic Federation (IAAF) telah siap dibina dengan harga sebanyak RM 1,949,000.

http://www.mbi.gov.my/portal3/living/images/hockey.jpg

 

Stadium Azlan Shah

Stadium yang telah siap dibina dalam tahun 1985, adalah sebuah 'premier hockey stadium' di Negeri Perak Darul Ridzuan dan 'Astroturf System 90 Artificial Turf' dibina untuk mematuhi spesifikasi 'International Hockey Federation'.

 

 

Bookmark and Share