MAKLUMAT CUKAI TAKSIRAN 2012
Mulai 1 Januari 2012, Majlis Bandaraya Ipoh mula memberikan cenderahati dan kupon cabutan bertuah bagi pembayar Cukai Taksiran tahun 2012 yang membuat pembayaran setahun tanpa tunggakan.Pembayaran perlu dibuat di kaunter MBI sahaja iaitu:
- Kaunter Ibu Pejabat MBI – Greentown
- Kaunter Pandu masuk – Greentown
- Kaunter Jalan Bandar
- Kaunter Bergerak.
20,000 Pembayar cukai terawal tanpa tunggakan akan menerima buku nota sebagai cenderahati.
Pengeposan Bil Cukai Taksiran adalah dalam proses dan sekiranya pembayar-pembayar Cukai Taksiran tidak menerima bil dalam tempoh 2 minggu dalam bulan Januari maka pembayar-pembayar Cukai Taksiran bolehlah datang ke Majlis Bandaraya Ipoh untuk mendapatkan bil salinan atau pun mencetak sendiri dari laman web MBI di ruangan MBI DAN ANDA >> SEMAK & CETAK BIL CUKAI TAKSIRAN.
Kaedah pembayaran bil Cukai Taksiran masih dikekalkan dalam 2 cara iaitu pembayaran setengah tahun atau pembayaran setahun.
Tempoh pembayaran bil Cukai Taksiran adalah seperti berikut
- Setengah Tahun Pertama – Januari – Februari 2012
- Setengah Tahun kedua – Julai – Ogos 2012
MBI juga telah mengambil satu lagi langkah Kaedah Cara Bayaran iaitu melalui Kaunter Van Bergerak yang dikenali sebagai Kaunter Rakyat MBI.Jadual yang telah ditetapkan bagi tempoh 2 bulan pertama ini adalah seperti disenaraikan.
JADUAL KAUNTER BERGERAK
SENARAI HADIAH CABUTAN BERTUAH
SENARAI PENGHUTANG CUKAI TAKSIRAN TERTINGGI



