alt
KHAS BAGI PENGGUNA
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian Mobile
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
     
       Emel MBI | Ahli Majlis | Direktori Pegawai
  Choose Your Font: teks kecil teks normal teks besar Sila Pilih Warna Anda: tema asal tema biru tema hitam tema coklat reset w3c Latar Belakang Pilihan Anda: grey green yellow coklat
 
Bookmark and Share
view-hits : 15943
last-update : 24 Februari 2010
MBI & ANDA

 

Bookmark and Share
view-hits : 390440
last-update : 11 Mac 2010

 


TAMAN JEPUN


 

Taman Jepun terletak di Taman Rekreasi D.R.Seenivasagam atau Taman D.R di Ipoh, Perak. Dengan keluasan 1.2 hektar, taman ini dibina mengikut struktur lanskap yang unik sama seperti taman Jepun yang terdapat di Fukuoka. Kini, Taman Jepun boleh diklasifikasikan sebahagian daripada Taman D.R. Seenivasagam. Taman ini telah dibuka pada awal tahun tahun 50-an.

Taman ini secara rasminya dibuka pada 30 Jun 1995 dalam majlis gilang gemilang yang dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Tuan Haji Ahmad Salleh Haji Sarif bersama dengan Datuk Bandar sebelumnya, Dato Haji Umar Haji Abu. Sementara itu, bendahari Majlis Bandaraya Fukuoka, Encik Watanabe mewakili Datuk Bandar Fukuoka.



Taman ini mendapat gelaran “Taman Mini Jepun” selepas termeterainya perjanjian di antara bandar Ipoh dan bandar Fukuoka pada 21 Mac 1989. Lanskap taman ini adalah hasil reka bentuk pegawai lanskap Majlis Bandaraya Ipoh, dengan dibantu nasihat dan kepakaran daripada Majlis Bandaraya Fukuoka. Setiap tahun, sekumpulan pelajar dari Kolej Nishinihon, Fukuoka akan menjalani latihan praktikal dalam penyelenggaraan taman ini. Ini merupakan program pertukaran pelajar di samping aktiviti-aktivitinya dibuat oleh bandaraya berkembar iaitu Ipoh dan Fukuoka.

Taman Jepun ini dihiasi dengan beberapa ‘rock lantern’ dan ‘rock water pitcher’. Pohon-pohon bambu atau buluh turut menghiasi pintu masuk manakala di sepanjang laluan pejalan kaki, dihiasi taburan batu-batu kecil berwarna kelabu, coklat dan hitam yang diperolehi dari sungai berhampiran bandar Kuala Kangsar. Selain itu, taman ini turut dihiasi pokok willow dan pokok pain bagi menambahkan lagi ciri-ciri Jepun. Rumpun-rumpun kecil teratai turut mewarnai taman tersebut. Disamping itu, terdapat juga pulau kecil di tasik utamanya yang dihubungkan dengan jambatan kayu bersama dengan sudut tempat rehat. Secara keseluruhannya, suasana di Taman Mini Jepun ini memberikan perasaan yang mendamaikan seolah-olah berada di negara Jepun itu sendiri.

 

Bookmark and Share

Bookmark and Share
view-hits : 1327
last-update : 18 Mac 2010