TEMPAT IBADAT
MASJID NEGERI SULTAN IDRIS SHAH
- Merupakan Masjid yang terbesar dan terkenal di Bandar Raya Ipoh serta merupakan simbol dan kebanggaan warga kota Ipoh
- Mempunyai menara setinggi 125 kaki dan dihiasi dengan kubah yang dibuat daripada mozek merupakan tarikan utama masjid ini.
- Masjid ini diberi nama Masjid Sultan Idris Shah II (1963 – 1984) sempena hari keputeraan baginda yang ke 54 tahun pada September 1978.
- Masjid ini juga terletak berhampiran dengan Birch Memorial Clock Tower.
- Masjid ini diasaskan sepenuhnya oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Allayarham Tun Haji Abdul Razak.
MASJID INDIA
- Masjid lama mahzab Hanafi ini terletak di sepanjang Jalan Clayton, Ipoh
- Sheikh Adam, salah seorang ahli dari masyarakat Tamil Indian dari Southern India pada tahun 1908
- Turut dikenali sebagai Masjid Padang
- Dibina oleh buruh binaan dari India dan kos pembinaannya memcecah $500,000
- Keunikan masjid ini ialah pintu gerbangnya menyerupai Chitya Indian atau Moghul.
- Menyerupai rekabentuk Diwan-i-Khas , Red Fort di Delhi.
MASJID MUHIBBUDIN SHAH
- Terletak di kawasan Greentown
- Bersebelahan dengan Hospital Tuanku Pemaisuri Bainun
- Mempunyai kubah berwarna biru yang menarik
- Boleh menampung seramai 500 jemaah pada satu-satu masa



