MENU
Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Liputan Kemudahan Wifi Percuma (MBIFREEWIFI) di SMK RPS Ipoh dan Penyerahan Tablet kepada 5 pelajar SMK RPS bagi tujuan PdPR serta 5 pek sumbangan makanan mewakili 50 pelajar yang kurang bernasib baik di hadapan Dewan Mesyuarat MBI. Baca berita penuh.
Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah melancarkan 13 unit lori terbuka (8 tan) sempena Program Perkhidmatan Sampah Kebun dan Pukal (Percuma) pagi tadi bagi meningkatkan kualiti persekitaran yang bersih dalam usaha untuk merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh sebagai bandaraya terbersih di Malaysia menjelang tahun 2023. Baca berita penuh.
YB Dato' Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak telah merasmikan tempat 'rehat dan rawat rider' (3R) yang lengkap dengan kemudahan ruang rehat, solat, tandas dan wifi percuma di sebelah Bangunan MBI pagi tadi. Baca berita penuh.
Majlis Bandaraya Ipoh memohon maaf di atas gangguan kepada perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan awam yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Ipoh. Baca info lanjut.
Siapa sangka basikal lama yang berusia lebih 40 tahun membawa tuah kepada Abdul Manap Abdul Rahman, 46, yang menjadi pemenang Pertandingan Fotografi Kemerdekaan. Baca berita penuh.