MENU

Tuan Ahmad Munir bin Ishak telah dilantik sebagai Setiausaha Bandaraya pada 15 April, 2021. Dilahirkan pada 28 Jun, 1975 di Ipoh, Perak. Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Analisa Ekonomi & Antarabangsa, Kementerian Kewangan mulai 2001. Seterusnya beliau berkhidmat di beberapa kementerian antaranya sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau mula berkhidmat di negeri Perak mulai 2015 sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Pejabat Daerah & Tanah Hilir Perak seterusnya sebagai Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Mulai 2018, beliau ditempatkan sebagai Pegawai Daerah Kuala Kangsar sehingga dilantik sebagai Setiausaha Bandaraya.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bagi Majlis Bandaraya Ipoh adalah Tuan Setiausaha Bandaraya.

Nama          

:

Tuan Ahmad Munir bin Ishak

Emel

:

munir@mbi.gov.my

No. Telefon

:

05-2083300

No. Faks

:

05-2537396

Peranan dan tanggungjawab CIO adalah seperti berikut:

a. 

Membantu Y.B. Datuk Bandar Ipoh dalam melaksanakan tugas - tugas yang melibatkan keselamatan ICT;

b. 

Menentukan keperluan keselamatan ICT;

c. 

Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program kesedaran keselamatan ICT seperti penyediaan Dasar Keselamatan ICT Majlis Bandaraya Ipoh serta pengurusan risiko dan pengauditan;

d. 

Bertanggungjawab ke atas perkara - perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT Majlis Bandaraya Ipoh