MENU

Bantuan One Off Penjaja

BANTUAN ONE OFF PENJAJA ,PENIAGA KECIL DAN PASAR AWAM  BERLESEN DI BAWAH MAJLIS BANDARAYA IPOH

Pada 2 Jun 2021, yang lalu Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak telah meluluskan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 bagi menghadapi impak pendamik Covid 19. Antara inisiatif di bawah pakej ini adalah Bantuan One-Off  untuk penjaja dan peniaga kecil yg berlesen dengan semua PBT Perak termasuk Majlis Bandaraya Ipoh dengan  bantuan berjumlah RM 300 bagi setiap pemegang lesen.

Pemberian bantuan khas ini bertujuan untuk meringankan bebanan para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi  membendung wabak Covid-19.

Oleh itu, semua penjaja dan peniaga kecil yang yang berlesen dengan Majlis Bandaraya Ipoh boleh mula menyemak kelayakan di laman web MBI bermula  7 Ogos 2021 (Sabtu)  sehingga 30 September 2021. Mereka yang layak dan memenuhi syarat perlu mengemukakan dokumen  yang diperlukan iaitu Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Penyata Bank/ Buku Bank yang aktif bagi agihan bantuan dapat dibuat secara atas talian.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian  05-2058047 (Waktu pejabat sahaja)

#STAYATHOME  #DUDUKDIRUMAH  #JANGANKELUAR

 

 <<< MOHON BANTUAN ONE OFF PENJAJA >>>

 

<<< MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN >>

 

<<< SOALAN LAZIM PENGAGIHAN  BANTUAN “ONE OFF” (RM 300) >>>

 

INFO PENTING:

  • SEKIRANYA PEMOHON TELAH MEMOHON DAN TELAH MENERIMA BANTUAN "ONE OFF" RM 300 COVID 19 INI DARI PBT YANG LAIN, MEREKA ADALAH TIDAK LAYAK  MEMOHON DENGAN MBI.
  • PEMOHON BERTANGGUNGJAWAB MUAT NAIK DOKUMEN BUKU BANK/PENYATA BANK YANG LENGKAP, BETUL, JELAS, TERKINI, VALID, AKTIF , BUKAN MILIK INDIVIDU LAIN, BUKAN MILIK SYARIKAT & ADALAH  MILIK PEMEGANG LESEN SENDIRI.
  • BAGI DOKUMEN KAD PENGENALAN PEMOHON HENDAKLAH “MENGUPLOAD” / MEMUATNAIK KAD PENGENALAN YG LENGKAP, BETUL, JELAS, BUKAN MILIK INDIVIDU LAIN DAN MILIK PEMEGANG LESEN SENDIRI.
  • TIDAK PERLU MUAT NAIK LESEN PERNIAGAAN DAN GAMBAR ATAU LAIN-LAIN DOKUMEN SELAIN DARIPADA KAD PENGENALAN DAN PENYATA/BUKU BANK.
  • SILA KEMUKAKAN NOMBOR TELEFON YANG TERBARU DAN AKTIF UNTUK MEMUDAHKAN PROSES DIHUBUNGI.
  • PERMOHONAN YANG LENGKAP BERSERTA DOKUMEN AKAN MEMUDAHKAN PROSES PERMOHONAN DAN KEMASUKAN WANG BANTUAN.

Pemohon tidak di benarkan membuat permohonan melalui "walkin" atau datang ke pejabat MBI. Sebarang permohonan melalui kaedah ini TIDAK AKAN DILAYAN.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI TALIAN HOTLINE:

 05-2058047 (Waktu pejabat sahaja)