MENU

MAJLIS ANGKAT SUMPAH PELANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA IPOH

BAGI TEMPOH 1 MEI 2021 SEHINGGA 30 APRIL 2023

Majlis Bandaraya Ipoh telah mengadakan Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh pada 10 Mei 2021 di Dewan Mesyuarat, Majlis Bandaraya Ipoh.

Seramai 25 orang Ahli Majlis telah mengangkat sumpah menerima jawatan sebagai Ahli Majlis dan diketuai oleh YBhg. Dato’Haji Rumaizi bin Baharin @ Md. Daud, Datuk Bandar Ipoh. Majlis Angkat Sumpah telah dijalankan sebanyak 6 kumpulan.

Dengan pelantikan tersebut, MBI mempunyai seramai 25 orang Ahli Majlis termasuk YBhg. Datuk Bandar dan tempoh pelantikan semua Ahli Majlis ini bermula dari 1 Mei 2021 sehingga 30 April 2023.  Komponen parti siasah Ahli-Ahli Majlis adalah seperti berikut:

i.          Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) – 7 Orang;

ii.         Barisan Nasional (BN) – 12 Orang; dan

iii.        Parti Islam Se-Malaysia (PAS) – 5 Orang.

Semoga pelantikan Ahli Majlis ini akan menjadi penghubung antara MBI dan wargakota Ipoh serta meneruskan kecemerlangan MBI sebagai antara PBT Terbaik di Malaysia.

 

<<< SENARAI ZON AHLI-AHLI MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA IPOH BAGI TEMPOH 1 MEI 2021 SEHINGGA 30 APRIL 2023 >>>