MENU

PENGENALAN

Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak yang telah beroperasi sejak tahun 2013 merupakan salah sebuah UTC yang terawal selepas UTC Melaka dan UTC Kuala Lumpur. Penubuhan UTC adalah sebagai usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada masyarakat dan komuniti bandar di dalam satu bangunan.

UTC merupakan pelengkap kepada Program Transformasi Komuniti (CTP) bagi memastikan semua inisiatif program dan perkhidmatan kerajaan ditawarkan secara maksimum kepada rakyat melalui satu pusat sehenti.

Masyarakat serta komuniti bandar di seluruh negeri Perak boleh menyelesaikan pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan penjimatan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain. Kepelbagaian jabatan kerajaan dan agensi berkaitan dalam satu bumbung mampu menjadi medium berkesan dalam membantu meringankan beban penduduk sekitar.

 

LATAR BELAKANG

Kerja-kerja pengubahsuaian UTC Perak telah bermula pada 4 Oktober 2012 melibatkan kos pengubahsuaian berjumlah RM35.7 juta.

UTC Perak beroperasi sepenuhnya pada 2 Januari 2013 dan dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Keenam, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Penubuhan UTC Perak telah membawa dimensi baharu perkhidmatan kerajaan dan swasta khususnya kepada masyarakat setempat dan rakyat di negeri Perak amnya.

Secara umumnya objektif pelaksanaan UTC adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai di mana konsep “Satu Pusat Pelbagai Perkhidmatan” memudahkan  pelbagai urusan tanpa perlu ke mana-mana bangunan Kerajaan dan Swasta yang lain dalam satu-satu masa.

UTC Perak menempatkan sebanyak 30 buah agensi Kerajaan dan swasta dengan menyediakan 8 kluster perkhidmatan seperti berikut :-

i.          Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat;

ii.         Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan;

iii.        Perkhidmatan Pembangunan, Perniagaan dan Keusahawanan;

iv.        Perkhidmatan Kesihatan;

v.         Perkhidmatan Kewangan;

vi.        Perkhidmatan Kerajaan;

vii.       Perkhidmatan Utiliti; dan

viii.      Perkhidmatan Keselamatan

 

FUNGSI DAN PERANAN UNIT PENTADBIRAN UTC PERAK

Kementerian Kewangan Malaysia dan  Kerajaan Negeri Perak telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Majlis Bandaraya Ipoh untuk mengurus tadbir serta menyelenggara UTC Perak terutamanya bagi perkara-perkara yang melibatkan perkhidmatan dan penyewaan, penyelenggaraan dan sebagainya. Secara umumnya Unit Pentadbiran UTC Perak dibahagikan kepada tiga fungsi utama iaitu:-

i.          Pengurusan;

ii.         Teknikal; dan

iii.        Khidmat Pelanggan.

Bagi memastikan fungsi-fungsi dan tugas-tugas yang diamanahkan ini dilaksanakan dengan berkesan, Unit Pentadbiran UTC Perak diketuai oleh seorang Pengurus Besar dan dibantu seorang Pengurus serta 29 orang anggota pelaksana.

Secara khusus, fungsi dan peranan Unit Pentadbiran UTC Perak adalah seperti berikut:-

i.          Pengurusan penyewaan ruang;

ii.         Pengurusan senggaraan bangunan; dan

iii.       Pengurusan khidmat pelanggan.

Fasiliti yang disediakan seperti bilik mesyuarat yang boleh memuatkan 150 orang pada satu-satu masa, mini gelanggang futsal, gimnasium, perpustakaan awam, surau lelaki / wanita dan sebagainya telah memantapkan lagi fungsi dan peranan UTC Perak sebagai tempat tumpuan umum.

INFO TERKINI JABATAN

a.    Nama Jabatan         :           Unit Pentadbiran UTC Perak

b.    Ketua Jabatan         :           Encik Romzi bin Zamri (Pengurus Besar UTC Perak)

                                                        Puan Kasturi a/p Murugiah (Pengurus UTC Perak)

c.    Fungsi Jabatan       :           i.          Pengurusan penyewaan ruang pejabat/niaga;
                                                       ii.         Pengurusan senggaraan bangunan;
                                                       iii.        Pengurusan aduan dan khidmat pelanggan;   
                                                       iv.        Pengurusan penyewaan fasiliti;      
                                                       v.         Pengurusan keselamatan dan kebersihan bangunan; dan 
                                                       vi.       Pengurusan program dan aktiviti UTC Perak

d.     Carta Organisasi Jabatan (paparan bahagian atau unit di bawah jabatan)

 

e.    Senarai Bahagian  :           i.          Bahagian Pengurusan.                                                                       
                                                      ii.         Unit Khidmat Pelanggan.
                                                      iii.        Unit Teknikal.

 

f.     Ketua Bahagian
       i.          Bahagian Pengurusan
                   Ketua Bahagian                 :           Puan Kasturi a/p Murugiah

       ii.         Unit Khidmat Pelanggan
                   Ketua Unit                           :           Encik Zolfa  bin Mohd Zin

        iii.        Unit Teknikal
                    Ketua Unit                          :            Encik Chew Teck Soon

 

g.   Fungsi Bahagian                       

Fungsi Bahagian Pengurusan

  1. Pengurusan penyewaan.
  2. Pengurusan kewangan dan aset.
  3. Pengurusan perkhidmatan dan pentadbiran.
  4. Pengurusan kebersihan.

Fungsi Unit Khidmat Pelanggan

  1. Pengurusan aduan dan khidmat pelanggan.
  2. Pengurusan promosi dan publisiti.
  3. Pengurusan aktiviti dan program.
  4. Pengurusan statistik.

Fungsi Unit Teknikal

  1. Penguruan senggaraan bangunan.
  2. Pengurusan keselamatan.

 

h.    Senarai Kaunter dan perkhidmatan kaunter :-

- Kaunter Informasi UTC Perak.

 

i.          Alamat Jabatan.

Unit Pentadbiran UTC Perak
Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak

Jalan Dato’ Onn Jaafar
30300 Ipoh
Perak Darul Ridzuan.

 

j.          Alamat Cawangan Jabatan (Jika Ada) :           Tiada

 

k.         No. Telefon  :           05-249 4960

 

l.         No.  Faks     :          05-249 4966

 

2.         Direktori terkini pegawai

i.          Encik Romzi bin Zamri

            Pengurus Besar UTC Perak

            No. Telefon : 05-249 4961

 

ii.         Puan Kasturi a/p Murugiah

            Pengurus UTC Perak

            No. Telefon : 05-241 0882

 

iii.        Puan Husna binti Mohd Hashim

           Setiausaha Pejabat

           No. Telefon : 05-249 4962

 

iv.        Encik Zolfa bin Mohd Zin

            Penolong Pengurus (Khidmat Pelanggan)

            No. Telefon : 05-249 4971

 

iv.        Encik Chew Teck Soon

            Penolong Pengurus (Teknikal)

            No. Telefon : 05-249 4971