MENU

Selasa, 16 Jun 2020 -
Majlis Bandaraya Ipoh merakamkan ucapan terima kasih diatas kesudian YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mengadakan lawatan kerja ke Gerbang Malam pada malam ini.

Lawatan yang bertujuan bagi melihat perjalanan dan pematuhan kepada SOP Operasi Gerbang Malam ini turut disertai oleh YB Dato' Nolee Ashilin binti Dato' Mohamed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Y.Bhg Dato' Rumaizi Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Tuan Haji Musa Dun, Pengarah Kanan-Perkhidmatan dan Operasi MBI.

Dalam sidang akhbar, YAB Menteri Besar memaklumkan bahawa beliau amat berpuashati dengan pengendalian dan SOP Gerbang Malam yang diuruskan oleh MBI.

Y.Bhg. Dato' Rumaizi, Datuk Bandar Ipoh, setelah berbincang dengan YAB Menteri Besar telah bersetuju memutuskan untuk  memanjangkan tempoh operasi pasar malam dari jam 4.00 - 7.00 malam kepada jam 4.00 petang hingga ke jam 10.00 malam manakala Gerbang Malam pula kekal beroperasi dari jam 5.00 petang hingga jam 12.00 malam dalam tempoh PKPP ini. Pertambahan tempoh masa operasi ini berkuat kuasa mulai Rabu, 17 Jun, 2020.

Semoga pembukaan semula  Gerbang Malam akan memberi peluang kepada wargakota untuk membeli-belah barangan keperluan harian disamping memberi peluang kepada para peniaga meraih pendapatan semula melalui perniagaan di Bazaria ini.

Kerjasama MBI, para peniaga dan wargakota Ipoh didalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan diharap akan membantu dalam mengurangkan penularan wabak Covid-19 di Bandaraya Ipoh.

#Kitajagakita