MENU

 

Mulai 19 Julai 2020 (Ahad) Majlis Bandaraya Ipoh akan membuka semula operasi Memory Lane. Walaubagaimanapun, pembukaan ini hanya melibatkan Jalan Horley sahaja manakala Jalan Lim Boh Seng masih belum dibenarkan lagi.

Pembukaan pada 19 Julai ini hanya melibatkan peniaga- peniaga yang mempunyai lesen bernombor ganjil manakala pelesen bernombor genap pula akan memulakan operasi pada minggu depan dan begitulah seterusnya berselang seli.

Pihak MBI akan terus menjalankan pemantauan SOP. Untuk makluman, jualan makanan masih tidak dibenarkan. Peniaga di Ladies Lane juga boleh beroperasi mulai 19 Julai 2020 (Ahad).

MBI berharap pembukaan Memory Lane ini akan merancakkan ekonomi dan sektor pelancongan serta memberi peluang kepada para peniaga untuk menambah pendapatan dan pengunjung dan peminat barang antik/unik untuk mendapatkannya di Memory Lane.