MENU

9 Ogos 2020 - Lebih 200 orang peserta dari MBI, Puncak Emas Infra Sdn. Bhd, Pertubuhan Bukan kerajaaan (NGO), agensi kerajaan dan warga Pasir Pinji telah mengambil bahagian dalam Program Gotong-Royong Pembersihan Merdeka Zon Pasir Pinji dan Pelancaran Kebun Komuniti pagi tadi.

Program anjuran MBI dengan kerjasama Platun Rela dan NGO Pasir Pinji tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak. Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Clr.Richard Ng, Ahli Majlis MBI selaku Pengerusi Penganjur dan Y.Bhg. Dato' Haji Abu Bakar bin Said, Pengerusi Puncak Emas Infra Sdn. Bhd.

Ia dianjurkan bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan dengan penglibatan pelbagai kaum.

Dalam ucapannya Dato' Rumaizi Baharin, Datuk Bandar Ipoh, berkata penganjurannya bertepatan dengan sambutan kemerdekan selain dapat mengeratkan silaturahim serta interaksi sesama penduduk.

Menurut Dato' Rumaizi lagi, bagi tempoh 1 Januari hingga 6 Ogos 2020, sejumlah 22 gotong royong telah dijalankan di Bandaraya Ipoh. 1,672 lokasi longgokan sampah haram (6,999.25 tan) telah dibersihkan sebanyak 13,140 kali. Majlis juga telah mengeluarkan sebanyak 541 tawaran kompaun yang berjumlah RM 438,600.00 dalam tempoh tersebut.

Semoga program ini akan menjadi titik tolak membantu merealisasikan hasrat menjadi Ipoh sebuah bandaraya sejahtera dan bandar terbersih di Malaysia menjelang tahun 2023 tercapai.

#MBIDanAnda