MENU

9 Ogos 2020 - Lebih 1,000 pengunjung telah mengunjungi Memory Lane sejak dibuka pagi tadi.

Ia semakin bertambah apabila Jalan Lim bo Seng mula dibuka mulai hari ini untuk menjadi sebahagian daripada lorong perniagaan Memory Lane spt sblm ini.

Tuan Haji Musa Dun, Pengarah Kanan-Perkhidmatan & Operasi MBI telah mengadakan Lawatan Pemantauan Pematuhan SOP di Memory Lane pagi tadi yang turut disertai oleh Pengarah Pelesenan & Penguatkuasaan MBI, Pengarah Kesihatan MBI, anggota Unit Penguatkuasa, Unit Penjaja MBI serta anggota dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Negeri Perak.

Menurut Tuan Haji Musa Dun, anggota MBI telah bertugas sejak awal pagi sehingga tamatnya operasi Memory Lane bagi memantau dan menasihati pengunjung supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Menurut beliau lagi, mulai minggu ini MBI juga telah menyediakan konti sementara Radio MBI di lokasi untuk hebahan pematuhan SOP serta maklumat semasa kepada pengunjung.

Untuk makluman, Memory Lane mula dibuka sejak 19 Julai lalu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

#MBIDanAnda
#MemoryLane