MENU

10 Ogos 2020 - Dato' Rumaizi Baharin, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBI di Bangunan MBI pagi tadi. Ia turut dihadiri oleh AhliMajlis, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota Majlis.

Program yang bermula sejak pukul 8.00 pagi itu diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan pentomen kemerdekaan dan pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi milik MBI.  

Bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini, MBI telah mengeluarkan 6,000 notis pemasangan bendera kepada premis-premis persendirin di Ipoh serta memasang lebih dua ribu helai Jalur Gemilang telah di naikkan di jalan-jalan utama dan premis perniagaan  sekitar Bandaraya Ipoh.
 
Semoga Hari Kemerdekaan yang bertemakan Malaysia Prihatin pada tahun ini membawa perpaduan, kebebasan, kedamaian dan kesejahteraan kepada wargakota Ipoh serta mencipta lebih banyak kejayaan dan mengecapi masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang buat generasi hari ini dan masa hadapan.