MENU

12 Ogos 2020 - Seramai 35 peserta konvoi MBI Bikers Club telah menyertai Program Jelajah & Lawatan Muhibbah ke negeri Pantai Timur pagi tadi.

Program yang disertai 35 orang peserta ini terdiri daripada anggota pelbagai jabatan dalaman MBI.

Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan majlis pelepasan tersebut. Ia turut dihadiri oleh Puan Zuraina binti Kamarul Ariff, Setiausaha Bandaraya, Pengarah-Pengarah Kanan dan Ketua-Ketua Jabatan MBI.

Dalam ucapan pelepasan program tersebut, Dato' Rumaizi Baharin, Datuk Bandar Ipoh yakin penganjuran konvoi ke negeri Kelantan selama 3 hari 2 malam yang turut melibatkan lawatan Muhibbah ke Majlis Perbandaran Kota Bahru ini akan dapat membantu mengeratkan kerjasama serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman sesama PBT.

Beliau turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada MBI Bikers Club yang baru ditubuhkan pada tahun 2020 selaku Urusetia program berkenaan. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Enforce Bikers Club. Nama ini ditukar kerana mahukan penglibatan semua jabatan di MBI.

Semoga Program Jelajah & Lawatan Muhibbah ke negeri Pantai Timur ini akan membantu mengeratkan hubungan silaturrahim sesama peserta disamping menaikkan imej MBI di kalangan PBT di Malaysia.

#MBIDanAnda
#JelajahMuhibbah