MENU

Pada 13/08/2020 sekitar jam 9.00 pagi, MBI telah melaksanakan satu operasi meroboh struktur usang yang digunakan untuk tujuan perniagaan kecil-kecilan, stor dan bilik serta ruang yang tidak digunakan.

Operasi fasa 2 ini telah dihadiri oleh Ahli Majlis MBI, Pengarah  Pelesenan & Penguatkuasaan MBI, Pengarah Kawalan Bangunan MBI, wakil daripada agensi-agensi seperti PDRM, LAP, TNB, pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Negeri Perak, pegawai-pegawai MBI dan kakitangan MBI anggaran 50 pegawai dan anggota bagi memastikan operasi tersebut berjalan lancar dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Langkah-langkah awal telah dilaksanakan termasuklah penyerahan notis di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (AKTA 133) kepada pemilik sturktur dan penampalan notis roboh di premis tersebut, sesi perjumpaan dan penerangan kepada peniaga yang ada, sesi menawarkan tempat perniagaan baru kepada mereka, penampalan notis pemakluman tindakan roboh di lokasi tersebut.

Tindakan operasi berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang amat baik daripada semua agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

Pada masa yang sama tiada pembantah yang wujud atau gangguan daripada orang awam yang berada di lokasi tersebut.

Operasi ditamatkan pada jam 12 tengahari dan akan disambung semula dalam fasa 3 pada masa hadapan yang belum ditetapkan tarikh operasi.
Operasi ini adalah susulan daripada operasi roboh fasa 1 yang lalu iaitu bertarikh 8/7/2020 melibatkan sebanyak 2 struktur yang telah dirobohkan dan tanpa sebarang gangguan di lokasi yang berhampiran.

MAJLIS BANDARAYA IPOH