19 September 2020-Sesi Pemilihan pemain-pemain bolasepak MAKSAK Perak ke Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Malaysia Tahun 2020 telah berlangsung pada di Padang Sultan Abdul Jalil, Ipoh pagi tadi.
Ia telah diselaraskan oleh MBI selaku agensi yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatan kuasa Sukan Bola sepak MAKSAK Perak tahun 2020.
Pengurusan Pasukan Bolasepak MAKSAK Perak Tahun 2020 adalah terdiri daripada:
Penaung :
Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud
Datuk Bandar Ipoh
Penasihat:
Y.Berusaha Puan Zuraina binti Kamarul Ariff
Setiausaha Bandaraya
Pengurus Pasukan:
Tuan Haji Musa Bin Dun, Pengarah Kanan - Perkhidmatan & Operasi
Semoga pasukan MAKSAK Perak akan memperolehi kejayaan cemerlang di Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Malaysia 2020 yang akan berlangsung mulai 15 - 18 Oktober 2020 di Pengkalan TLDM Lumut, Perak Darul Ridzuan.